Senarai Calon BN P.Pinang Diserah Kepada PM

Diterbitkan: Isnin, 21 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KEPALA BATAS: Senarai nama bakal calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) telahpun diserahkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pengerusi BN negeri Teng Chang Yeow berkata BN Pulau Pinang yakin calon yang disenarai pendek itu mampu menang namun perdana menteri yang juga pengerusi B Nakan membuat keputusan muktamad mengenai pemilihan calon.

"Kata putus mengenai calon terletak di tangan pengerusi BN dan saya di peringkat negeri hanya mampu memberi pandangan dan maklum balas terhadap senarai calon yang dipilih itu," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan RM200 kepada 572 pelajar cemerlang yang mendapat 8A dan 9A dalam Penilaian Menengah Rendah.

Pada perkembangain lain, Teng kesal dengan dakwaan Timbalan Ketua Menteri II P.Ramasamy kononnya parti Gerakan bertanggungjawab menganjurkan acara Penang Run 2013 pada Ahad ini yang kebetulan bertembung dengan sambutan Thaipusam.

Katanya Ramasamy hanya mempolitikkan perkara itu walaupun mengetahui acara itu dianjurkan badan bukan kerajaan.

Penganjur juga memberi kenyataan bahawa acara sukan itu bertujuan menggalakkan rakyat mengamal gaya hidup sihat dan diadakan pada hari cuti umum dan secara kebetulan pula bertembung dengan sambutan Thaipusam.

Penang Run 2013 dianjurkan Tanjung Social Club dan Penang Forward Sports Club dengan kerjasama Universiti Sains Malaysia dan Jabatan Belia dan Sukan Pulau Pinang. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan