Rakyat Malaysia Bersatu Cari William

Diterbitkan: Isnin, 21 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

William Yau Zhen Zhong
William Yau Zhen Zhong

PETALING JAYA: Rakyat di negara ini bersatu memberi sokongan kepada ibu bapa seorang kanak-kanak berumur enam tahun, William Yau Zhen Zhong yang hilang ketika usaha mengesannya masih diteruskan.

Parti politik, pertubuhan bukan kerajaan dan individu berjanji kepada Yau Kok Kang dan isterinya, Goh Ying Ying bahawa mereka tidak akan menanggung kesedihan itu sendirian.

MCA akan mengerahkan kira-kira satu juta ahlinya manakala Wanita Umno akan mempersiapkan ahlinya menerusi 22,000 cawangan seluruh negara dalam membantu mencari kanak-kanak hilang sejak 16 Januari itu.

Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata; "Perkara ini mengenai mengembalikan semula kanak-kanak lelaki itu kepada keluarganya. Ia bukan mengenai politik. Kami merayu kepada seluruh rakyat Malaysia supaya menyertai kami dalam misi mencari kanak-kanak tersebut.

Tambahnya, MCA akan mengedarkan poster dan risalah di tempat awam termasuk di pasar dan medan selera.

Selain itu, Chua berkata, mereka juga akan menjalin kerjasama dengan beberapa persatuan Cina untuk mencari kanak-kanak terbabit.

Menggesa rakyat Malaysia supaya mendoakan keselamatan kanak-kanak itu, Chua berkata, ia merupakan harapan sesiapa saja untuk melihat William kembali ke pangkuan keluarganya pada sambutan Tahun Baru Cina bulan depan.

Ketua Biro Aduan dan Perkhidmatan Awam MCA Datuk Seri Michael Chong berkata, beliau menawarkan ganjaran RM20,000 kepada sesiapa saja yang memberikan bukti sehingga membawa kepada penemuan kanak-kanak itu.

Ibu bapa William menyumbang RM5,000 untuk ganjaran tersebut manakala Syarikat Kumpulan KK dan Kelab Rela Wilayah Persekutuan masing-masing menderma RM5,000 dan RM10,000.

Salah seorang ahli Rela, Chong berkata, seramai dua juta ahlinya akan membantu dalam misi mencari kanak-kanak hilang itu.

Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, mereka akan memuat turun gambar William di laman web parti itu dan menggesa setiap cawangannya untuk menampal poster kanak-kanak tersebut di tempat awam.

"Sekurang-kurangnya ini usaha yang dapat dilakukan Wanita BN bagi membantu keluarga terbabit.

"Kami berdoa supaya William dapat dijumpai semula untuk meraikan sambutan Tahun Baru Cina bersama keluarganya," katanya.

Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia Tan Sri Lee Lam Thye berkata, mereka secara sukarela akan membantu dalam mencari kanak-kanak tersebut sambil menambah ahlinya akan menjadi 'mata dan teliga' kepada pihak polis.

"Adalah penting bagi kita untuk memainkan peranan dalam membantu ibu bapa kanak-kanak itu dalam apa jua cara sekalipun," katanya.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan