Pemandu Teksi Harap SPAD Utamakan Masalah Mereka

Diterbitkan: Isnin, 21 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Pemandu teksi berharap agar SPAD mendengar masalah yang dihadapi mereka. (Gambar sekadar hiasan)
Pemandu teksi berharap agar SPAD mendengar masalah yang dihadapi mereka. (Gambar sekadar hiasan)

KUALA LUMPUR: Pemandu teksi di Lembah Klang berharap Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mendengar masalah yang dihadapi mereka berbanding mengutamakan masalah daripada penumpang dan kerajaan.

Pemandu teksi, Nurazian Abdullah berkata, banyak masalah yang dihadapi pemandu teksi yang tidak diselesaikan sehingga menimbulkan perkara-perkara lebih buruk berlaku dalam industri ini.

“Ramai pemandu teksi menghadapi masalah namun tidak tahu untuk melaporkannya di tempat yang betul.

“Sebagai pemandu teksi wanita, saya sering kali mengalah apabila sekumpulan pemandu teksi yang tidak beratur bagi mendapatkan kupon untuk mengambil pelanggan.

“Saya sudah banyak kali melaporkan perkara ini tetapi hanya melalui talian hotline sahaja, kalau boleh saya mahu ada sebuah jawatankuasa yang ditubuhkan untuk kami pemandu teksi yang tertindas dengan pemandu teksi lain sebagai medium untuk kami membuat laporan,” katanya kepada mStar Online yang mendapatkan reaksi beberapa pemandu teksi pada Majlis Ramah Mesra SPAD Bersama Pemandu Teksi di sini, Isnin.

Tambahnya, perkara seumpama itu membuatkan kebanyakan pemandu yang sebenarnya bertanggungjawab terpaksa mengikut cara yang tidak berhemah semata-mata untuk mendapatkan pelanggan.

Sementara itu, Shukor Said kesal dengan tindakan pihak berkuasa yang hanya pandai mengeluarkan saman daripada menyelesaikan masalah tersebut.

“Masalah utama adalah kekurangan penumpang jika dibandingkan dengan jumlah teksi yang banyak. Ada pula tempat yang tidak sesuai untuk menggunakan meter kerana tidak berbaloi dengan pulangan.

“Pihak berkuasa pula hanya mengeluarkan saman dan ambil tindakan ke atas kesalahan yang kami lakukan sedangkan perkara itu tidak akan berubah jika masalah tidak diselesaikan,” katanya.

Menurut Shukor, banyak perkara yang perlu dikaji dan dibuat pelarasan oleh SPAD jika mahu industri perkhidmatan teksi di negara ini berjalan lancar.

Bagi Zulman Rosli pula meminta supaya permit individu dikeluarkan dan ditambah bagi mengelak daripada mereka terlalu bergantung kepada pengusaha teksi.

“Kita terpaksa bayar sebanyak RM48 sehari kepada pengusaha namun kutipan harian dan kos yang terpaksa ditanggung kadang-kala tidak memberi pulangan kepada kami,” katanya.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan