Pelaksanaan Gaji Minimum Tingkat Pengambilan Pekerja Tempatan - Subramaniam

Diterbitkan: Isnin, 21 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pelaksanaan dasar gaji minimum bermula 1 Januari lepas dijangka meningkatkan pengambilan pekerja tempatan berbanding pekerja warga asing, kata Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Dr S. Subramaniam.

Beliau berkata pertambahan pengambilan pekerja tempatan itu juga akan mengurangkan kebergantungan majikan tempatan kepada pekerja asing dan membolehkan majikan beralih kepada memperkasa tenaga kerja tempatan.

"Dalam undang-undangburuh kita, kita tidak boleh mendiskriminasi pekerja berdasarkan warganegara mereka. Kita tidak boleh buat pekerja asing dapat gaji lebih murah daripada pekerja tempatan supaya kos perniagaan dapat dikurangkan.

"Kerajaan faham masalah peningkatan kos ditanggung majikan (dengan pelaksanaan gaji minimum), malah ia sedang dibincangkan peringkat kabinet. Kami sedang usahakan penyelesaian sama rata dalam masa satu ke dua minggu," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis perjumpaan Menteri Sumber Manusia Bersama Penyedia Latihan Kemahiran Awam dan Swasta di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini.

Lebih 500 orang daripada 300 pusat penyedia kemahiran itu menghadiri majlis perjumpaan tersebut.

Turut hadir Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Maznah Mazlan.

Pengumuman gaji minimum bagi sektor swasta dibuat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 30 April dan diwartakan pada 16 Julai lepas di mana kadarnya akan dikaji semula setiap dua tahun.

Kerajaan pada masa ini menetapkan gaji minimum pekerja swasta ialah RM900 di Semenanjung dan RM800 di Sabah, Sarawak dan Labuan.

Sementara itu, Subramaniam berkata kementeriannya giat mengorak langkah bagi membolehkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) diiktiraf di peringkat antarabangsa untuk membuka peluang kepada pelajar asing belajar di negara ini selain memberi peluang kepada lepasan persijilan itu mendapat pekerjaan di luar negara.

Beliau berkata inisiatif itu juga bakal menjadi pemangkin kepada usaha membawa pulang pelbagai teknologi dari luar negara di samping melahirkan tenaga mahir anak tempatan yang berpendapatan tinggi.

"Ini selaras dengan dasar kerajaan menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan dan latihan vokasional di peringkat serantau dan antarabangsa.

"Sebagai dimensi baru kepada SKM yang diperolehi melalui Persijilan Kemahiran Malaysia, JPK juga sedang giat mempromosikan inisiatif SkillMalaysia Invite ke peringkat antarabangsa antaranya di Surabaya dan Jakarta di Indonesia," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan