Michelle Yeoh Sedia Bergelar Isteri - Berita Semasa | mStar

Michelle Yeoh Sedia Bergelar Isteri

Diterbitkan: Isnin, 21 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Michelle Yeoh dan Todt bertunang sejak 2005.
Michelle Yeoh dan Todt bertunang sejak 2005.

IPOH: Gadis Bond Datuk Seri Michelle Yeoh sudah bersedia untuk menamatkan zaman bujangnya.

Desas-desus mengenai hari bahagia bintang filem itu kembali bertiup ekoran laporan online mengenai hasratnya ingin mengadakan majlis tersebut di kampung halamannya di sini.

"Saya sedang berfikir tentang bagaimana untuk mengatur majlis istimewa untuk perkahwinan saya," katanya.

Beliau dengan jelas menyatakan hasrat untuk mengadakan majlis perkahwinannya di Ipoh memandangkan bapanya yang berusia 87 tahun mengalami kesukaran untuk bergerak.

Pelakon kelahiran Ipoh berusia 50 tahun itu berbicara mengenai rancangannya itu ketika tayangan filem dokumentari, Pad Yatra: A Green Odyssey, di mana beliau merupakan penerbit eksekutif.

Menurut laman webnya, dokumentari itu adalah mengenai pengembaraan 700 orang ke Himalaya dengan satu misi untuk menyelamatkan kawasan glasier yang musnah akibat ketidaktentuan iklim.

Yeoh sudah mengikat tali pertunangan dengan Presiden Persekutuan Automobil Antarabangsa Jean Todt, 67, sejak 2005.

Menurut laporan online itu, beliau telah berbincang secara terbuka mengenai rancangan perkahwinannya dengan pemberita yang hadir.

Ketika dihubungi di sini, ibunya, Datin Janet Yeoh menjawab dengan nada gembira bahawa dia tidak mengetahui mengenai perkara itu.

"Saya tidak tahu mengenai sebarang rancangan dan tidak pernah mendengar darinya kerana dia tidak berada di Malaysia pada waktu ini," kata Janet.

Pelakon itu, katanya, berada di Ipoh bulan lalu untuk cuti Krismas.

   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan