Jangan Buang Masa Melobi Untuk Jadi Calon Pilihan Raya - Ahmad Zahid

Diterbitkan: Isnin, 21 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BAGAN DATOH: Semua pihak dalam Barisan Nasional (BN) yang tersingkir daripada menjadi calon Pilihan Raya Umum ke-13 dinasihatkan supaya tidak melobi pada saat akhir kerana tindakan itu hanya membuang masa.

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, mereka tidak perlu melobi ketua perhubungan negeri, anggota majlis tertinggi atau naib presiden parti untuk menjadi calon kerana beliau percaya Datuk Seri Najib Tun Razak telah mempunyai senarai calon yang sesuai.

"Pada hemat saya Perdana Menteri selaku Pengerusi BN dan Presiden Umno telah mempunyai senarai calon yang sesuai bagi menggantikan kawasan-kawasan yang mempunyai calon yang bermasalah," katanya selepas menyampaikan Bantuan Persekolahan RM100 bagi kawasan Parlimen Bagan Datoh di Sekolah Kebangsaan Simpang Empat di sini, Isnin.

Katanya, Najib telah meminta tiga nama yang berpotensi sebagai calon disenarai bagi setiap kawasan Parlimen dan DUN kira-kira lapan bulan lepas dan sudah pasti Perdana Menteri telah menilai senarai berkenaan.

"Namun terdapat nama-nama yang didapati tidak sesuai untuk menjadi calon walaupun ia dikemukakan oleh kepimpinan akar umbi disebabkan laporan-laporan yang tidak memihak kepada calon berkenaan.

"Yang demikian ada kemungkinan di sesuatu kawasan Parlimen atau DUN terpaksa dicari calon lain," katanya.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Pertahanan berkata, calon yang dianggap mempunyai kelebihan mungkin terdiri daripada tokoh akademik, korporat atau tokoh-tokoh lain yang boleh memenangkan sesuatu kawasan yang ditandingi BN.

"Jadi, jangan anggap mereka sebagai calon payung terjun. Itu adalah calon daripada parti," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan