Tiga Tebusan Rakyat Malaysia Akan Balik Dalam Masa Terdekat

Diterbitkan: Ahad, 20 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kedutaan Malaysia di Algeria sedang berusaha untuk membawa pulang tiga rakyat Malaysia dalam masa terdekat selepas mereka terselamat dalam insiden tebusan kumpulan militan pada Rabu lepas di Kompleks Pengeluaran Gas dan Minyak (OGPC) Amenas, di Timur Algeria.

Kementerian Luar dalam satu kenyataan hari ini berkata pihaknya telah berhubung dengan tiga rakyat Malaysia itu, K.Ravi, Lau Seek Siang, dan Chong Ngen Chung dan mereka akan kembali ke Malaysia dalam waktu terdekat.

"Bagaimanapun kami belum dapat memastikan nasib dua lagi rakyat Malaysia dan kami sentiasa menghubungi keluarga mangsa untuk menyampaikan perkembangan terkini," kata kenyataan itu.

Dalam kejadian itu, 60 pemberontak lengkap bersenjata menyerang dan menawan OGPC Amenas, kira-kira 70 kilometer dari sempadan Algeria-Libya dan menjadikan 150 pekerja, termasuk 41 warga asing sebagai tebusan.

Kejadian itu dipercayai bermotifkan balas dendam terhadap tindakan kerajaan Algeria membenarkan ruang udaranya digunakan pesawat tempur Perancis untuk menyerang pemberontak di Mali. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan