Sarawak Bakal Bincang Semakan Royalti Minyak Dengan Persekutuan

Diterbitkan: Ahad, 20 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Kerajaan negeri Sarawak mungkin akan mencadangkan satu formula baharu berhubung royalti petroleum kepada kerajaan Persekutuan berikutan penemuan terbaharu minyak dan gas mentah di Miri, kata Menteri Perumahan negeri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg.

Beliau berkata formula itu mungkin tidak membabitkan permintaan untuk menaikkan kadar royalti lima peratus yang kini dinikmati Sarawak, sebaliknya peratusan tertentu dalam ekuiti saham bagi penemuan minyak dan gas mentah di negeri ini pada masa depan.

"Kita kini bercakap soal pendekatan baharu yang kami percaya akan diiktiraf pemimpin kerajaan Persekutuan kerana ia merupakan situasi menang-menang untuk kedua-dua pihak," katanya kepada pemberita selepas merasmikan dewan baharu Sekolah Kebangsaan Rakyat di sini, Ahad.

Abang Johar berkata kerajaan negeri sudah mempunyai satu formula yang lebih memanfaatkan Sarawak, namun tidak boleh didedah ketika ini sementara menunggu perbincangan dengan kerajaan Persekutuan.

Mengulas lanjut, beliau berkata langkah kerajaan negeri memperoleh pegangan dalam Bintulu Port Holdings Bhd, yang pada dasarnya sebuah pelabuhan persekutuan, juga mungkin boleh dianggap sebagai formula baharu bagi royalti petroleum.

Beliau turut mengingatkan rakyat negeri ini agar tidak terpengaruh dengan polemik baharu iaitu berikutan penemuan itu, kerajaan Persekutuan perlu menaikkan royalti sehingga 20 peratus berbanding jumlah yang dibayar ketika ini.

Jumaat lepas, Petronas mengumumkan penemuan minyak dan gas di telaga Adong Kecil West-1 di Blok SK333, di pesisir Sarawak yang terletak kira-kira 20 kilometer di timur laut pekan Miri dan merupakan penemuan minyak serta gas pertama di daratan Malaysia selepas 24 tahun. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan