Krisis Tebusan Algeria: Tiga Rakyat Malaysia Selamat, Dipindah Ke Algiers

Diterbitkan: Ahad, 20 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Tiga rakyat Malaysia yang merupakan antara tebusan dalam serangan kumpulan militan di kilang pemprosesan gas di In Amenas di Algeria telah dipindahkan ke ibu negara, Algiers.

Kementerian Luar dalam satu kenyataan pada Ahad berkata, para pegawai dari Kedutaan Malaysia di Algiers telah bertemu dengan mereka dan urusan dilakukan untuk membawa mereka pulang ke Malaysia.

Ia berkata, keluarga kepada ketiga-tiga rakyat Malaysia telah dimaklumkan mengenai keadaan mereka.

Dalam perkembangan lain, kenyataan berkata, wakil dari JGC Construction Pte. Ltd, syarikat yang menggaji rakyat Malaysia, memaklumkan kedutaan bahawa “terdapat kemungkinan yang membimbangkan bahawa salah seorang daripada dua rakyat Malaysia yang masih belum dikenal pasti itu terbunuh manakala nasib seorang lagi masih belum diketahui.”

Kedutaan Malaysia akan berusaha terus mendapatkan berita terbaru mengenai status dua rakyat Malaysia itu dengan pihak berkuasa Algeria dan JGC Construction Pte Ltd.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan