Waspada 'Gelombang Negatif' Menjelang PRU - Hishammuddin

Diterbitkan: Sabtu, 19 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KLUANG: Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein meminta rakyat supaya berwaspada dengan apa yang disifatkannya sebagai "gelombang negatif" pihak-pihak tertentu menjelang pilihan raya umum ke-13 (PRU-13).

Menurut beliau, menerusi gelombang negatif ini, pihak-pihak terbabit akan menyebarkan pelbagai jenis fitnah dan penipuan, bertujuan memporak-perandakan rakyat pelbagai kaum di negara ini.

"Saya berharap rakyat tidak akan terpengaruh dengan gelombang negatif ini yang penuh dengan penyebaran fitnah dan penipuan, kerana ia bertujuan untuk menghancurkan apa yang telah dibina oleh kita selama ini," katanya kepada pemberita sebelum menghadiri mesyuarat penyelarasan Barisan Nasional (BN) Parlimen Semberong di pejabat MCA Bahagian Paloh di sini, Sabtu.

Hishammuddin yang juga Naib Presiden Umno dan Anggota Parlimen Semberong juga meminta masyarakat supaya berwaspada dengan kunjungan ke rumah oleh pihak-pihak tertentu bertujuan menyebar agenda negatif.

"Pada saat-saat akhir ini, banyak pihak yang kita tidak kenal akan melawat rumah-rumah kita. Saya berharap rakyat akan berwaspada dengan mereka," katanya. Beliau juga berkata, banyak isu akan sengaja ditimbulkan pada saat-saat akhir ini termasuk yang menyentuh sensitiviti agama dan kaum, semata-mata untuk menyalahkan kerajaan.

"Isu-isu berkait dengan agama dan kaum akan diperbesar-besarkan untuk melaga-lagakan sesama kita. Ia juga berkemungkinan sengaja ditimbulkan untuk menyalahkan kerajaan," katanya.

Katanya Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan bertindak jika ia menjejaskan keselamatan negara dan ketenteraman awam.

Hishammuddin berkata, kementeriannya menerusi Pemuda KDN yang mempunyai 1.1 juta anggota akan berusaha menangkis gelombang negatif yang cuba dibawa pihak-pihak terbabit.

Pemuda KDN, katanya, akan turun ke bawah untuk menerapkan gelombang positif seperti aspek-aspek semangat kesukarelawan dan menganjurkan kegiatan gotong-royong antara pemimpin serta masyarakat. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan