PM Ajak Umat Islam Asia Tenggara Wasatiyyah

Diterbitkan: Sabtu, 19 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa masyarakat Islam di rantau Asia Tenggara kembali kepada semangat wasatiyyah dan kesederhanaan dalam merencana pembangunan dan perjalanan kerajaan di rantau itu untuk masa hadapan.

Perdana Menteri berkata Islam yang sederhana, yang mengamalkan semangat wasatiyyah dan kesederhanaan adalah sangat indah dan mudah diterima di rantau itu.

"Jika benar pendekatan wasatiyyah ini pernah menjadi model kecemerlangan kerajaan rantau ini pada suatu ketika, maka, wujud keperluan untuk kita kembali kepada semangat dan roh wasatiyyah dalam kita berdepan dengan cabaran masa hadapan," katanya pada majlis perasmian Seminar Nusantara - Islam di Asia Tenggara: Cabaran dan Harapan di sini, Sabtu.

Teks ucapan beliau dibacakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom. Najib berkata secara realitinya, usaha untuk kembali kepada semangat wasatiyyah itu bukan datang dengan sendiri dan mudah.

"Walaupun Islam di Asia Tenggara menunjukkan kesederhanaan, bagi beberapa kumpulan masyarakat, ia dalam proses kebangkitan semula.

"Ada di kalangan rakyat Asia Tenggara yang pulang daripada pengajian Islam di Timur Tengah dan Pakistan telah kembali dengan Islam bentuk baru, radikal, militan dan pelampau yang lebih cenderung untuk menjadi antiAmerika atau berwatak antibarat," katanya.

Najib berkata tidak keterlaluan jika beliau mengatakan bahawa perkara sama juga sedang berlaku di Malaysia, dan sepanjang dekad 80-an dan 90-an, telah muncul amalan politik ekstrim, takfir dan amanat yang akhirnya membawa kepada perpecahan umat Islam di segenap peringkat.

"Mereka menggunakan agama untuk menampilkan diri mereka sebagai kumpulan yang maksum, bersih dan diredai Allah. Politik diasaskan kepada prinsip 'holier-than-thou'.

"Pada mereka, keahlian parti politik juga boleh mengesahkan tiket kepada umat Islam - sama ada mereka mahu ke syurga atau neraka. Inilah trend yang pada hakikatnya membayangkan bahawa unsur ekstremisme dan radikalisme semakin menebal di kalangan umat Islam," katanya.

Najib berkata ada juga pihak yang mahu menjadikan suasana 'Arab Spring' sebagai 'template' politik baharu kepada suasana politik Asia Tenggara yang disifatkannya sebagai usaha terancang untuk memperkecilkan saluran demokrasi dan menggunakan kaedah jalanan untuk mendapat kuasa.

"Saya tidak berniat untuk mengambil gambaran pukul rata kepada situasi semua negara di Asia Tenggara, senario kita mungkin berbeza. Namun cabaran kepada Islam boleh datang dalam pelbagai bentuk yang berbeza.

"Adakalanya, ia bukan dalam bentuk radikalisme, namun liberalisme dan keterbukaan tanpa batas yang boleh memberikan masalah kepada interpretasi dan syiar Islam," katanya.

Dalam berhadapan dengan tuntutan globalisasi, Najib berkata 'Islamic revivalism' (gerakan kebangkitan semula Islam) tidak boleh terlalu terkongkong.

"Islamisasi bukan hanya sekadar pada rupa paras, namun juga perlu meliputi asas dan fundamental kemasyarakatan yang lebih besar. Ini termasuklah soal pembangunan ekonomi, pemeliharaan maslahah syariah, kewibawaan politik, kerjasama serantau yang lebih bersungguh dan istiqamah," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan