Krisis Tebusan Algeria: Tiga Rakyat Malaysia Selamat

Diterbitkan: Sabtu, 19 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALGIERS: Tiga rakyat Malaysia yang dijadikan tebusan dalam krisis penculikan oleh militan di Algeria berada dalam keadaan selamat, menurut Wisma Putra.

Isteri seorang tebusan, K.Ravi berkata suaminya menghubungi dia daripada Algeria dan memberitahu dia berada dalam keadaan selamat.

Sementara, pasukan khas Algeria berjaya membebaskan 650 tebusan daripada kumpulan militan bersenjata di sebuah loji gas yang terletak di sempadan Libya, namun 60 rakyat asing dilaporkan masih hilang, menurut laporan media tempatan.

"Kira-kira 650 orang tebusan diculik dalam serangan yang dilakukan oleh kumpulan pengganas berkenaan pada Rabu. Antaranya adalah 573 rakyat Algeria dan selebihnya 132 tebusan rakyat asing berjaya dibebaskan oleh pasukan khas Algeria, lapor agensi berita APS.

Bagaimanapun jumlah sebenar warga asing yang berjaya melarikan diri daripada penculik berkenaan tidak dapat diketahui, kerana beberapa tahanan dipercayai masih bersembunyi atau ditawan di dalam kompleks minyak berkenaan.

"(Pasukan tentera) sedang mencari jalan penyelesaian terbaik untuk membebaskan tebusan yang masih ditahan oleh kumpulan militan dan mereka dipercayai masih bersembunyi di kawasan loji gas berhampiran," lapor APS.

Kawasan loji minyak di Amenas dikendalikan oleh syarikat gergasi minyak minyak, Britian BP, Norway Sonatrach Statoil dan Algeria, kini telah ditutup sementara kerana dibimbangi ia akan meletup.

Operasi menyelamat telah dilancarkan pasukan tentera pada Khamis selepas kumpulan militan menculik warga asing untuk dijadikan tebusan di kompleks minyak di Amenas.

Kumpulan militan itu mendakwa mereka bertindak begitu sebagai membalas dendam terhadap serangan Perancis menentang kumpulan militan di Mali.

Sebaliknya, sumber keselamatan Algeria berkata bahawa jumlah tebusan terbunuh yang didakwa hanyalah 'khayalan' kerana lebih 18 orang daripada 30 ahli kumpulan militan yang terlibat dalam insiden penculikan itu terbunuh ketika operasi menyelamat dijalankan.

Penculik itu memberitahu agensi berita Mauritania, ANI bahawa mereka akan “membunuh” semua tebusan sekiranya pasukan khas Algeria berjaya memasuki kompleks itu.

Kerajaan asing turut menyuarakan kebimbangan mengenai nasib rakyat mereka yang ditawan oleh kumpulan militan kerana beberapa tebusan turut terbunuh dalam operasi menyelamat yang dijalankan, lapor AFP.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan