Agong Mahu Anggota Tentera Tidak Alpa, Jaga Keamanan Negara

Diterbitkan: Sabtu, 19 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah berkenan menyampaikan anugerah kepada Pegawai Rendah Muda Asyroff Zakaria yang dipilih menerima anugerah Terbaik Akademik Pegawai Kadet Graduan Kolej Tentera Darat di Kem Segenting di Port Dickson, Negeri Sembilan pada Sabtu.
-Foto BERNAMA
Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah berkenan menyampaikan anugerah kepada Pegawai Rendah Muda Asyroff Zakaria yang dipilih menerima anugerah Terbaik Akademik Pegawai Kadet Graduan Kolej Tentera Darat di Kem Segenting di Port Dickson, Negeri Sembilan pada Sabtu.
-Foto BERNAMA

PORT DICKSON: Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah bertitah mengingatkan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) agar tidak alpa dan terus menggalas tanggungjawab bagi mempertahan kedaulatan negara daripada sebarang ancaman, walaupun negara kini dalam keadaaan aman.

Baginda bertitah, keamanan dan kesejahteraan yang dikecapi ketika ini bukanlah diperoleh dengan cara yang mudah, sebaliknya negara pernah melalui zaman getir yang memerlukan pengorbanan anggota tentera yang terdahulu.

"Jadikan kecemerlangan perjuangan perwira-perwira terdahulu, sebagai sumber inspirasi, untuk melafazkan taat setia tanpa berbelah bagi kepada pemimpin atasan demi mendukung keutuhan dan kesejahteraan negara Malaysia.

"Disiplin ketenteraan yang menjadi teras kepada keutuhan institusi ketenteraan perlu dipatuhi sepenuhnya agar reputasi dan prestij ATM sentiasa terpelihara dan mulia di mata masyarakat," titah baginda.

Baginda bertitah demikian pada Istiadat Perbarisan Diraja dan Pengurniaan Watikah Tauliah Pegawai Kadet Graduan Kolej Tentera Darat dan Pegawai Kadet Graduan Kapal Diraja Sultan Idris 1, di Kem Segenting, di sini, Sabtu.

Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah turut berangkat ke majlis itu. Turut hadir, Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan, Panglima ATM Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin, Panglima Tentera Darat Jeneral Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin, Panglima Tentera Laut Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar dan Timbalan Panglima Tentera Udara Leftenan Jeneral Datuk Seri Roslan Saad.

Seri Paduka Baginda bertitah, dalam situasi negara yang giat membangun, ATM tidak terkecuali menjalani proses pemodenan yang memerlukan anggotanya untuk terus berusaha menimba ilmu sama ada dalam bidang ketenteraan atau pengetahuan semasa.

Titah baginda, ia bagi memastikan para anggota sentiasa lengkap dan bersedia untuk menghadapi cabaran ketenteraan masa kini sekaligus mengekalkan kredibiliti dan martabat ATM.

Pada majlis itu, 55 Pegawai Kadet Graduan Kolej Tentera Darat dan 10 Pegawai Kadet Graduan Kapal Diraja Sultan Idris 1 yang menamatkan latihan dan ditauliah, menyertai perbarisan.

Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah kemudiannya berkenan mencemar duli mengurniakan watikah tauliah kepada setiap pegawai kadet berkenaan. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan