Polis Kaji Semula SOP Gari Tangan

Diterbitkan: Jumaat, 18 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis akan mengkaji semula dan merombak Prosedur Operasi Standard (SOP) mengenai menggari tahanan ekoran beberapa kes penjenayah meloloskan diri di Pulau Pinang dan Lembah Klang.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata, mereka telah mengkaji SOP untuk melihat sekiranya ia boleh diperbaiki lagi.

“Pada pendapat saya, SOP sekarang untuk menggari tahanan di bahagian belakang adalah baik tetapi kita perlu memastikan bahawa semua pihak mengikutinya.

“Bagaimanapun, kita akan melihat bagaimana ia boleh diperbaiki,” katanya pada Khamis.

Mohd Bakri berkata, polis yang bertugas dalam kes penjenayah meloloskan diri digantung tugas sementara menunggu tindakan disiplin.

“Unit disiplin kami sedang menyiasat kes-kes ini. Polis yang bertugas akan dikenakan hukuman berdasarkan kes,” katanya, sambil menambah bahawa pihak berkuasa masih sedang memburu dua penjenayah yang sebelum ini melarikan diri daripada tahanan polis di Butterworth.

“Saya diberitahu oleh Ketua Polis Pulau Pinang (Datuk Abdul Rahim Hanafi) bahawa mereka sedang mengetuai kes tersebut.

“Kami yakin dua lelaki ini akan ditahan semula tidak lama lagi,” katanya.

Pada 7 Januari lalu, seramai tujuh tahanan berjaya meloloskan diri ketika mereka dalam perjalanan dalam van polis ke kompleks mahkamah Butterworth apabila mereka melemparkan serbuk cili kepada polis yang menjaga mereka, dan melarikan diri menggunakan kenderaan itu.

Dua tahanan ditembak mati, manakala tiga lagi ditahan, manakala dua lagi masih bebas.

Di Selangor, suspek kes bunuh, melarikan diri dari mahkamah di Klang pada 26 Disember dan ditahan semula selepas polis membuat serbuan di sebuah rumah di Melaka pada 1 Januari.

Pada 4 Disember lalu, tiga warga asing didakwa atas kesalahan dadah dan mencuri berjaya melarikan diri daripada jagaan polis ketika mereka dalam perjalanan ke mahkamah Petaling Jaya.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan