PM Mahu Belia Sumbang Kepada Pembangunan Masyarakat, Negara

Diterbitkan: Jumaat, 18 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEMBIRA ... Atlet terjun negara Pandelela Rinong (kiri) dan pelumba motosikal, Muhammad Zulfahmi Khairuddin (dua, kiri) bersama personaliti dari pelbagai bidang seperti muzik, perniagaan, kemasyarakatan dan sukan menunjukkan sijil selepas dilantik menjadi Duta 1Malaysia yang disampaikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Majlis Penyampaian Pingat dan Sijil Lantikan Duta 1Malaysia anjuran IM4U di Dewan Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra, Putrajaya, Khamis. -fotoBERNAMA
GEMBIRA ... Atlet terjun negara Pandelela Rinong (kiri) dan pelumba motosikal, Muhammad Zulfahmi Khairuddin (dua, kiri) bersama personaliti dari pelbagai bidang seperti muzik, perniagaan, kemasyarakatan dan sukan menunjukkan sijil selepas dilantik menjadi Duta 1Malaysia yang disampaikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Majlis Penyampaian Pingat dan Sijil Lantikan Duta 1Malaysia anjuran IM4U di Dewan Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra, Putrajaya, Khamis. -fotoBERNAMA

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu belia di negara ini memikir dan menyumbang kepada pembangunan masyarakat dan negara, menjangkau kepentingan masing-masing.

Beliau berkata kerajaan sedia menghulurkan apa juga bantuan dan sumbangan bagi menjayakan aktiviti yang boleh mendatangkan manfaat kepada semua pihak termasuk golongan belia yang dianggap aset negara.

"Kita mahukan supaya orang muda ini tidak melihat diri mereka secara individu tetapi bagaimana mereka boleh memberi sumbangan yang menjangkau kepentingan masing-masing.

"Bagaimana mereka boleh melakukan melalui semangat sukarelawan untuk menyumbang kepada kepentingan komuniti dan negara secara keseluruhan supaya mereka menjadi individu tidak pentingkan diri, individu yang mementingkan masyarakat dan individu lain yang boleh kita banggakan," katanya ketika berucap pada majlis Duta 1Malaysia di sini, Jumaat.

Ia merupakan program anjuran 1Malaysia For Youth (iM4U), inisiatif Perdana Menteri sendiri untuk belia Malaysia bagi menjalankan aktiviti kesukarelawanan yang boleh memberi manfaat kepada masyarakat dalam keperluan dan kumpulan sosial.

Najib berkata platform itu juga menyediakan sokongan kewangan untuk projek sukarelawan melalui Dana Sukarelawan Tabung 1Malaysia (DRe1M).

Katanya bagi meningkat lagi semangat belia, satu program besar-besar akan diadakan pada 3 Feb melibatkan semua negeri yang menggalakkan pelbagai aktiviti sukarelawan dilakukan para belia serentak.

"Saya sendiri akan terlibat dalam program ini. Kita akan buat aktiviti secara menyeluruh di mana dari Perlis ke Sabah. Setiap anggota Kabinet dan ketua menteri dan menteri besar juga akan terlibat dalam program itu," katanya.

Pada majlis hari ini, 20 ikon belia yang telah menyumbang kepada pembentukan negara dalam pelbagai bidang seperti sukan, perniagaan, muzik dan aktiviti kemasyarakatan diiktiraf sebagai Duta 1Malaysia.

Ikon tersebut ialah Datuk Nicol Ann David, Datuk Lee Chong Wei, Pandelela Rinong, Teoh Su Lim (Micheal Teoh), Deborah Priya Henry, Abdul Jabbar Mohammed Kahar (Imam Muda), Zulfahmi Khairuddin, Anand Rajaram, Roshan Chandrasekhar dan Afdlin Shauki Aksan.

Turut menerima penghormatan itu ialah Khairul Fahmi Che Mat, Lim Kok Gin (Jin), Lim Teik Yin (Jack), Mohammed Noh Salleh (Noh Hujan), Mohd Zhariff Afandi, Joel Neoh Eu-Jin, Nurshahila Amir Amzah (Shila Amzah), Sazlini Falak (Sazzy Falak), Shazrina Tan Sri Azman Hashim (Mizz Nina) dan Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad (Altimet).

Pengiktirafan itu merupakan yang pertama di negara ini, hasil idea Najib bagi menghargai kejayaan mereka di peringkat tempatan dan antarabangsa sekali gus mengenengahkan konsep 1Malaysia. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan