Pembahagian Kerusi, Penentuan Calon BN Hampir Selesai - PM

Diterbitkan: Jumaat, 18 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Barisan Nasional (BN) hampir selesai membuat pembahagian kerusi dan memutuskan calon untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

Beliau yang juga pengerusi BN berkata, parti itu juga sedang memberi tumpuan terhadap kesiapsiagaan menghadapi pilihan raya umum.

"Kita memberi tumpuan kepada kesiapsiagaan pilihan raya...seperti mana kita sedia maklum masanya akan tiba tidak lama lagi untuk mengadakan pilihan raya umum.

"Semua parti komponen Barisan Nasional telah diberi panduan yang jelas dan kita akan tentukan beberapa perkara...soal pembahagian kerusi antara parti komponen Barisan Nasional hampir selesai.

"Begitu juga dalam soal penentuan calon-calon sebahagian besar telah pun diputuskan," katanya kepada para pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi BN dekat sini, Khamis malam.

Najib berkata dari segi pemilihan calon, penelitian mendalam perlu diberikan bagi memastikan pilihan calon yang dibuat adalah tepat.

Katanya, calon BN yang akan bertanding bukan sahaja dilihat dari segi kebolehannya tetapi juga dari segi penerimaan penduduk di mana calon berkenaan bertanding.

Mengenai kemungkinan calon akan diumumkan lebih awal, Najib berkata perkara itu akan ditentukan kemudian kerana ia masih dalam perbincangan.

"Kita akan tentukan dan nanti...kita akan maklumkan dengan melihat beberapa pandangan. Kita bincang tapi kita belum buat keputusan lagi," katanya.

Najib menambah, setakat ini sokongan rakyat terhadap BN dilihat semakin meningkat tetapi BN tidak boleh terlalu selesa dengan keadaan ini.

Ini kerana, katanya, dalam pilihan raya terdapat banyak faktor yang boleh mempengaruhi keputusan pengundi.

"Kita tak mahu bersikap terlalu selesa atau yakin seolah-olah tidak ada apa yang menggugat kita.

"Saya harap kita dapat gandakan usaha dan terus beri semangat serta keyakinan terhadap jentera BN," katanya.

Diminta mengulas mengenai tarikh pembubaran Parlimen dan pembubaran Dun Johor pada 21 Mac ini sebagaimana yang dianalisis oleh pihak media, Najib menjawab: "Ya saya tahu. Tak apalah Dun Johor (bubar) Dun Johorlah...Parlimen...Parlimenlah."

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan