Kerajaan Selangor Mahu Ambil Alih Perkhidmatan Air Untuk Kebajikan Rakyat – Faekah Husin

Diterbitkan: Jumaat, 18 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kerajaan negeri Selangor mendakwa tuduhan Penyelaras Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed bahawa Kerajaan negeri itu bermain politik dalam isu air adalah tidak berasas sama sekali.

Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin berkata, kerajaan Selangor berusaha untuk mengambil alih perkhidmatan air adalah bagi menjaga kebajikan rakyat yang selama ini tidak mendapat pembelaan.

“Bermain politik dalam isu air samalah seperti memperjudikan nasib dan kepentingan lebih lima juta pengguna di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya. Mana mungkin kerajaan yang dibina atas sokongan rakyat ini akan berbuat demikian,” katanya dalam satu kenyataan, pada Jumaat.

Tambah beliau, dalam tempoh empat tahun kerajaan Selangor telah berusaha untuk mengambil alih perkhidmatan air daripada syarikat konsesi Syabas tapi gagal kerana tidak mendapat sokongan daripada kerajaan pusat.

“Rakyat dipaksa menggunakan perkhidmatan syarikat konsesi yang langsung tiada kepakaran dalam industri air menyebabkan rakyat mendapat perkhidmatan tidak memuaskan seperti gangguan bekalan air serta kadar tarif yang tidak munasabah.

“Malangnya, selepas empat tahun berunding usaha pengambilalihan ini masih gagal kerana tidak mendapat sokongan dari kerajaan Pusat,” ujarnya.

Beliau turut menyelar tuduhan Md Zin yang mendakwa kerajaan Selangor berpolitik dalam isu air dan mendakwa kerajaan negeri berkuasa sepenuhnya terhadap Syabas.

“Jika Syabas anak syarikat kerajaan negeri Selangor, kita tidak akan berdepan dengan masalah sebegini.

“Namun begitu kerajaan negeri dapat memberi bantuan dengan pantas menyelesaikan masalah ini ketika lima buah pam di Wangsa Maju tiba-tiba rosak serentak maka semua PBT di Selangor terus bergerak membantu kawasan-kawasan terlibat termasuk di Wilayah Persekutuan,” katanya lagi.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan