Jabatan Meteorologi Malaysia Antara Yang Terbaik Di Dunia

Diterbitkan: Jumaat, 18 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Keupayaan 17 stesen pengesan gempa bumi dan tsunami mengesan pergerakan plat tektonik bumi dalam tempoh seminit selepas berlaku menjadikan Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) antara yang terbaik di dunia.

Timbalan Ketua Pengarah (Aplikasi) jabatan, Dr Mohd Rosaidi Che Abas berkata agensi itu juga mampu menganalisis dan membuat hebahan media dalam tempoh 10 minit, sekali gus membolehkan penduduk di kawasan terbabit melakukan persediaan.

Stesen di bawah Sistem Amaran Awal Tsunami Nasional Malaysia (SAATNM) itu mula beroperasi pada 2005 selepas bencana tsunami Aceh, Indonesia pada Disember 2004, dan daripada 17 stesen, tujuh di Semenanjung serta 10 di Sabah dan Sarawak, katanya kepada Bernama, di pejabatnya di sini.

Katanya setiap stesen yang beroperasi 24 jam sehari, dilengkapi 44 sistem peralatan mengesan pergerakan seismik, 17 sistem tolok pasang surut dan 18 sistem kamera pantai.

"Bila JMM mengeluarkan amaran tsunami di kawasan pantai ada sesetengah individu berminat melihat ombak tsunami, jadi fungsi kita pasang kamera pantai bukan sahaja hendak melihat pergerakan ombak malah untuk kita laporkan kepada polis agar mengarahkan pengunjung pantai berpindah segera sekiranya amaran tsunami dikeluarkan," katanya.

Selain itu, 23 siren tsunami dipasang di lokasi berisko di seluruh negara bagi memberi amaran kepada penduduk, katanya.

Pemilik ijazah doktor falsafah dalam bidang gempa bumi dari Universiti Teknologi Malaysia dan ijazah sarjana bidang seismologi dari International Institute of Seismology of Earthquake Engineering di Jepun itu juga mendedahkan Malaysia pernah mengalami gegaran pada 1976, yang berlaku di Lahad Datu, Sabah dengan kekuatan 5.8 pada skala Richter.

Menurut Mohd Rosaidi, Malaysia boleh dilanda gempa bumi bermagnitud sederhana sehingga 6 pada skala Richter kerana kedudukan negara berhampiran lingkaran gempa bumi bermagnitud besar seperti Sumatera dan Laut Andaman, manakala Sabahd an Sarawak pula berhampiran selatan Filipina dan Sulawesi Utara.

Katanya sepanjang 2012, lapan gempa bumi tempatan dikesan iaitu enam di Sabah (Tambunan, Kota Marudu, Kudat, Beluran, Kunak dan Keningau) dengan magnitud antara 2 dan 4.5 pada skala Richter, serta dua di Belaga, Sarawak berkekuatan 3.5 dan 3.8.

Bagi memantapkan SAATNM, Malaysia menjalin kerjasama dengan agensi antarabangsa seperti 'International Tsunami Warning Centre dan 'International Tsunami Traning Centre' yang berpusat di Hawaii bagi bertukar maklumat terutama berkaitan amaran gempa bumi dan tsunami.

"Negara turut menjalin kerjasama dengan agensi meteorologi di Indonesia dan Filipina untuk perkongsian maklumat gempa bumi dan tsunami yang berlaku di negara mereka," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan