Perodua Panggil Semua 74,000 Varian Baharu Myvi Untuk Gantikan Lajur Stereng

Diterbitkan: Khamis, 17 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perodua memanggil semula 74,000 varian Myvi baharu, yang dibina antara Mac 2011 dan Mac 2012, menerusi kempen langkah pencegahannya, bagi menggantikan lajur stereng kuasa elektronik (EPS) model berkenaan.

Pembuat kereta kompak itu berkata ia bertujuan memastikan pemilik Myvi baharu ini menikmati prestasi optimum kenderaan masing-masing.

Pengarah Urusannya Datuk Aminar Rashid Salleh berkata kempen itu perlu memandangkan prestasi kereta mungkin tidak berada pada kedudukan terbaik dan mungkin menjejaskan sebahagian respons masa pemandu pada kelajuan rendah.

"Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Perodua, masalah itu boleh dikesan apabila penunjuk EPS menyala, dan pemandu mendapati rasa berat pada kelajuan antara 30 dan 40 kilometer sejam.

"Ini boleh dibaiki sementara dengan mematikan enjin dan menghidupkan semula kereta, namun untuk pembaikan kekal dan mengurangkan kemungkinan risiko ke atas pelanggan, kami meminta mereka membuat temu janji di mana-mana 170 pusat servis kami di seluruh negara untuk penggantian lajur EPS," katanya menerusi satu kenyataan.

Aminar berkata syarikat kereta itu sudah menghantar surat makluman kepada pelanggan yang terlibat, dan Perodua akan menyerap semua kos penggantian lajur EPS terbabit.

Tempoh akhir kempen itu tidak ditetapkan.

Pelanggan bagaimanapun digalakkan membuat temu janji secepat mungkin memandangkan lebih baik untuk mereka memastikan penggantian dilakukan dengan lancar dan teratur. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan