Krisis Tebusan Di Algeria: Laporan AFP Sebut 34 Tebusan & 15 Pengganas Terkorban - Berita Semasa | mStar

Krisis Tebusan Di Algeria: Laporan AFP Sebut 34 Tebusan & 15 Pengganas Terkorban

Diterbitkan: Khamis, 17 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

NOUAKCHOTT: Laporan terbaru krisis tebusan di padang pasir Algeria yang melibatkan 41 orang pekerja syarikat caligali termasuk dua orang rakyat Malaysia menyebut, pertempuran di antara pihak berkuasa dengan pasukan militan berkenaan menyaksikan 34 orang tebusan dan 15 pengganas terkorban.

Agensi berita antarabangsa AFP melaporkan, sebuah agensi berita Mauritania yang dikenali sebagai ANI telah memetik kenyataan seorang jurucakap kumpulan militan itu sebagai berkata demikian.

Kesemua mangsa dikatakan terkorban ekoran serangan udara yang dilancarkan oleh pihak berkuasa Algeria.

Laporan itu bagaimanapun tidak menyebut tebusan dari negara manakah yang telah terkorban dalam serangan balas oleh pihak Algeria.

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan