Khalid Samad Tetap Hadapi Laluan Sukar Walau Siapa Pun Calon Umno - Sohaimi Shahdan

Diterbitkan: Khamis, 17 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Umno akan meletakkan calon yang diyakini boleh menang di Shah Alam yang dikatakan antara kerusi panas dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Exco Pergerakan Pemuda Umno, Datuk Sohaimi Shahadan berkata, penyandang kerusi tersebut, Khalid Samad akan menghadapi laluan sukar kerana sudah kehilangan kepercayaan di kalangan pengundi Melayu di kawasan tersebut.

"Siapa pun calon Umno di Shah Alam, Khalid tetap akan hadapi laluan sukar kerana dia sendiri sudah tidak diterima di kalangan masyarakat Shah Alam.

"Selama ini juga tidak ada apa-apa yang dibuat, apa yang dia tahu hanya mencetuskan pelbagai kontroversi dan kemarahan penduduk," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Khamis.

Beliau yang juga Ketua Pemuda Umno Selayang berkata demikian ketika mengulas status twitter Khalid pada pagi Khamis yang kononnya sudah tahu siapa calon Umno yang bakal bertanding di kerusi Shah Alam pada PRU13 nanti.

Dalam twitternya itu, Khalid menjangkakan Umno akan meletakkan bekas anggota Exco Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Nawawi Md Zin dan sekiranya perkara itu benar, Pakatan Rakyat (PR) akan menang mudah di kawasan itu.

"Jika Datuk Nawawi yang dipilih untuk bertanding sekalipun bagi saya ia tidak ada masalah kerana kredibiliti dan kriteria sebagai calon boleh menang ada padanya.

"Tidak ada masalah muka lama atau muka baru yang bertanding, Khalid sendiri merupakan calon "recycle" dan pernah bertanding beberapa kali sebelum menang pada 2008," katanya lagi.

Tambah beliau, kemenangan Khalid pada PRU12 lalu kerana beberapa faktor nasional termasuk tsunami politik yang berlaku dan bukan kerana kebolehannya sebagai seorang pemimpin.

"Khalid menulis begitu di twitter kerana rasa gusar dan bimbang serta mahu meraih sokongan daripada pengikut-pengikutnya di twitter," ujar Sohaimi.

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan