Dua Pelatih Di Pusat Intan Dijangkiti H1N1

Diterbitkan: Khamis, 17 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Dua pelatih pegawai tadbir dan diplomatik (PTD) dikesan dijangkiti virus Influenza A (H1N1) di pusat latihan Institut Tabiran Awam Negara (Intan) di Ipoh.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, mereka dikuarantinkan dan perkembangan mereka dipantau.

“Kami mengenal pasti daripada 109 pelatih di pusat itu, 52 mereka mengalami batuk dan demam yang sederhana tetapi mereka tidak mengalami H1N1.

“Ini bukan satu satu penularan, ia hanya antara kumpulan tertentu dan saya akan pastikan tindakan diambil supaya tiada penularan berlaku,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis ‘Skipping For Health’ (Melompat untuk Kesihatan) di sini.

Liow menggesa orang ramai supaya mengambil berat tentang kesihatan dan kebersihan mereka bagi mengelakkan daripada terkena virus itu yang boleh menyebabkan kematian.

“H1N1 sentiasa ada di negara ini. Pastikan membasuh tangan anda dan sekiranya anda mengalami batuk atau deman, jangan bercampur dengan mereka, dan pakailah pelindung,” katanya.

Beliau menambah, rakyat Malaysia yang merancang untuk ke negara yang bersuhu rendah dinasihatkan supaya mendapatkan vaksin kerana cuaca seperti itu dapat membuatkan mereka mudah terdedah kepada virus berkenaan.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan