Cuepacs Harap Cadangan Kenaikan Imbuhan Tetap Perumahan Dilaksana

Diterbitkan: Khamis, 17 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) berharap cadangan kenaikan imbuhan tetap perumahan (ITP) penjawat awam dapat dilaksanakan dalam tempoh terdekat berikutan lonjakan harga dan sewa rumah.

Presidennya Datuk Omar Osman berkata ITP penjawat awam bagi gred 1 hingga 40 sebanyak RM180 tidak lagi relevan, ketika ini.

"Imbuhan tetap perumahan ini dah lama tidak disemak, hari ini kita (Cuepacs) pergi mana-mana memang ia menjadi rintihan utama kerana tidak ada lagi sewa rumah berharga RM180," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan taklimat kepada Kesatuan Pekerja-Pekerja Awam Angkatan Tentera Malaysia (Kesatria) di Kem Terendak di sini, Khamis.

Beliau berkata Cuepacs telah membuat permohonan mengenai perkara itu sejak lima tahun lepas dengan mencadangkan imbuhan tetap perumahan diselaraskan kepada RM450.

Katanya jumlah tersebut juga sebenarnya tidak mencukupi namun ia boleh disifatkan sebagai subsidi oleh kerajaan dalam meringankan beban penjawat awam.

Dalam pada itu, Omar turut berharap kerajaan dapat mempertimbangkan cadangan penurunan kadar faedah pinjaman perumahan penjawat awam daripada 4 peratus kepada 1 peratus. Katanya peningkatan harga rumah menyebabkan ramai penjawat awam tidak mampu memiliki rumah.

"Kalau kos rumah PR1MA (Perumahan Rakyat 1Malaysia) berharga RM300,000 ke bawah, kadar faedah 4 peratus itu tinggi jika kumpulan pelaksana ini nak membuat pinjaman," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan