Belum Ada Keputusan Berhubung Dua Rakyat Malaysia Ditahan Di Beirut

Diterbitkan: Khamis, 17 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Hakim yang mendengar kes dua rakyat Malaysia yang ditahan di Beirut, Lubnan, kerana disyaki mempunyai kaitan dengan Al Qaeda masih belum memutuskan sama ada tuduhan ke atas mereka digugurkan atau perlu dibicarakan dalam tribunal tentera.

Kementerian Luar dalam satu kenyataan di sini pada Rabu berkata bahawa Malaysia menghormati sepenuhnya undang-undang Lubnan dan akan bekerjasama dengan pihak berkuasa di sana mengenai kes tersebut.

Menurut kenyataan itu, pegawai-pegawai kedutaan Malaysia telah menemui kedua-dua lelaki itu dari semasa ke semasa dan telah menjaga keperluan konsular mereka dan kedua-duanya memaklumkan pihak kedutaan bahawa mereka dilayan dengan baik.

Pejabat perwakilan Malaysia di Beirut memantau kes itu dan akan memaklumkan kepada Kementerian Luar sebaik sahaja keputusan dibuat, kata kenyataan itu.

Pada 18 Oktober tahun lepas, kedua-dua rakyat Malaysia itu, Razif Mohd Ariff, 30, dan Muhamad Razin Sharhan Mustafa Kamal, 21, ditahan pihak berkuasa Lubnan di Beirut. Mereka dihadapkan ke Tribunal Tentera pada 25, 29 Oktober dan 31 Oktober 2012.

Razif dan Razin diwakili sepasukan empat peguam daripada sebuah firma guaman yang dibayar keluarga mereka.

Kedua-duanya mengaku tidak bersalah dan kini dalam tahanan pihak berkuasa keselamatan Lubnan. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan