SPR Lantik Pemerhati Asing Kalangan Negara Asean Untuk PRU-13

Diterbitkan: Rabu, 16 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan melantik pemerhati dari kalangan beberapa negara anggota Asean untuk membantu memantau proses pilihan raya umum ke-13 (PRU-13), kata Pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.

Beliau berkata melalui satu panel pemilih yang ditubuhkan atas nasihat Wisma Putra, SPR dijangka melantik pemerhati dari Indonesia, Filipina, Myanmar dan Thailand selain beberapa pemerhati daripada Sekretariat Asean.

"Setakat ini belum muktamad, ada beberapa negara tidak dijemput seperti Brunei, Singapura, Kemboja dan Laos. Wisma Putra yang kendalikan," katanya kepada pemberita selepas majlis taklimat PRU-13 kepada pegawai pengurus dan penolong pegawai pengurus SPR zon timur di sini, Rabu.

Abdul Aziz berkata selain pemerhati asing, SPR juga melantik 16 badan bukan kerajaan (NGO) yang bebas untuk turut menjadi pemerhati pada pilihan raya kali ini. Menurutnya, daripada jumlah itu, sembilan membabitkan NGO dari Sarawak, Semenanjung (empat) dan Sabah (tiga).

Beliau berkata pemerhati asing dan NGO yang terbabit perlu mematuhi beberapa syarat yang ditetapkan SPR, dan jika gagal mematuhinya, nama mereka akan digugurkan daripada senarai.

"Setiap NGO boleh hantar tiga wakil untuk satu bahagian. Kalau ada lima NGO berminat untuk satu bahagian, maka ada 15 pemerhati di bahagian itu dan mereka boleh memohon mana tempat yang mereka nak pergi," katanya.

Dalam pada itu, Abdul Aziz berkata SPR menjangka pemilih berdaftar yang kini berjumlah 13.1 juta akan bertambah kepada 13.3 juta sekiranya senarai pemilih baharu, iaitu 295,173 orang termasuk 51,421 pemilih yang bertukar alamat pada suku terakhir 2012, dimasukkan ke dalam senarai daftar pemilih.

Katanya, SPR menetapkan 21 Januari ini sebagai tarikh mendaftar permohonan undi pos membabitkan pelajar dan pekerja rakyat Malaysia di luar negara yang sebelum ini sudah mendaftar sebagai pengundi.

Untuk permohonan pengundian pos dalam negara, iaitu untuk anggota polis, tentera selain petugas media dan SPR, permohonan hanya boleh dibuat selepas Parlimen dibubarkan, katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan