Sejumlah 127,949 Kad Pengenalan Di Sabah Disyaki Bermasalah, Suruhanjaya Diberitahu

Diterbitkan: Rabu, 16 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat masalah pendatang tanpa izin di Sabah pada Rabu diberitahu sejumlah 127,949 kad pengenalan dikeluarkan di Sabah dari 1979 hingga 1996 disyaki mempunyai masalah.

Roslan Alias, Penolong Ketua Unit Khas Sabah dan Sarawak, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) berkata daripada jumlah itu 91,656 kad pengenalan dibatalkan selepas disyaki pengeluarannya tidak teratur.

Ketika diminta menjelaskan bagaimana perkara itu boleh berlaku sama ada ia satu kecuaian, Roslan berkata JPN telahpun menjalankan siasatan pada tahun 1996 apabila ada kakitangan jabatan itu ditahan terhadap penyelewengan kad pengenalan itu.

Beliau berkata demikian ketika diminta memberikan penjelasan oleh seorang anggota panel Suruhanjaya, bekas Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Henry Chin Poy Wu.

Semasa menjelaskan apa tugas unit khas itu, saksi kesembilan itu berkata antaranya menjadi urusetia kepada Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kad Pengenalan Sabah.

Menjawab soalan pegawai pengendali Datuk Azmi Ariffin, Roslan berkata fungsi jawatankuasa itu antaranya untuk menilai semua permohonan dikenal pasti bermasalah di Sabah.

Beliau berkata permohonan yang dikatakan bermasalah itu membabitkan butiran pemohon yang tidak jelas, juga masalah cap jari.

Roslan berkata jawatankuasa itu setakat ini hanya ditubuhkan di Sabah kerana didapati sejumlah permohonan kad pengenalan yang bermasalah di negeri itu perlu diberikan pertimbangan kerana permohonan itu tidak dapat diluluskan melalui penilaian biasa seperti di kaunter.

Beliau berkata anggota jawatankuasa itu yang ditubuhkan sejak 1999 terdiri daripada pegawai JPN Sabah yang dipengerusikan ketua pengarahnya, timbalan ketua pengarah operasi, pengarah bahagian kad pengenalan dan ketua unit khas Sabah dan Sarawak.

Roslan berkata pada 1972 kad pengenalan plastik dikeluarkan bagi menggantikan "orange IC" yang mempunyai tiga kategori iaitu berwarna biru kepada penduduk Sabah bertaraf warganegara, warna merah kepada penduduk Sabah bertaraf pemastautin tetap manakala hijau bagi taraf pemastautin sementara diberikan kepada mereka yang tidak mempunyai apa-apa taraf.

Beliau berkata pada tahun 1972 hingga 1990 dokumen yang perlu diserahkan kepada JPN untuk mendapatkan kad pengenalan plastik ini ialah surat beranak atau sijil taraf penduduk.

"Sijil taraf ini perlu disokong oleh penghulu dan disahkan pegawai daerah atau penolong pegawai daerah yang menyatakan pemohon lahir di tempat itu," katanya sambil menambah bahawa JPN tidak mengesahkan semula maklumat dalam permohonan itu kerana ia telah disokong oleh penghulu.

Roslan berkata sementara kad pengenalan mereka diproses pemohon diberi resit sementara yang mempunyai nombor kad mereka. Sementara itu, lima bekas tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) berhubung pengeluaran kad pengenalan biru kepada pendatang asing, turut memberikan keterangan mereka.

Mohd Nasir Sungip, bekas timbalan pengarah di bahagian kad pengenalan, JP NSabah, berkata beliau ditangkap pada 30 Mei 1995 dan ditahan di pusat tahanan perlindungan Kamunting, Perak, hingga 30 Mei 1998 kerana dituduh mengeluarkan kad pengenalan kepada pendatang asing yang tidak layak mendapatkannya.

Ketika ditanya adakah dia mendapat apa-apa imbuhan daripada perbuatan yang dilakukan itu, beliau berkata tidak.

Ramli, pengarah JPN Sabah pada 1993 hingga 1995 pula berkata beliau ditahan di pusat tahanan Kamunting pada 1995 hingga 1997 berhubung pengeluaran kad pengenalan bermutu tinggi kepada pendatang.

Beliau mendakwa melakukan perbuatan itu kerana menerima arahan daripada seorang bekas timbalan menteri.

Akop Damsiah, ketua pejabat pendaftaran di JPN, Sabah dari 25 Mei 1972 hingga Jan 1996 berkata beliau dipanggil untuk ke Kuala Lumpur atas tugas khas masa itu dengan beberapa pegawai lain.

Bekas tahanan ISA itu memberitahu antara tugasnya ialah menandatangani kad pengenalan yang telah diluluskan.

Menjawab soalan Azmi, saksi ke-14 itu berkata lebih kurang 40,000 lebih kad pengenalan ditandatanganinya dalam masa sebulan.

Saksi itu berkata pemohon yang paling banyak memohon kad pengenalan itu adalah dari Filipina dan Indonesia.

Kee Dzulkifly Kee Abdul Jalil yang bertugas sebagai penulis kad pengenalan di JPN, Kota Kinabalu pada 1986 hingga 1995, berkata sepanjang tempoh dia bekerja lebih kurang 100,000 kad pengenalan telah diberikan kepada warga Filipina, Indonesia dan Pakistan.

Satu unit khas dikenali sebagai G17 ditubuhkan pada 1990 terdiri 17 anggota bagi membuat kerja-kerja memproses kad pengenalan dan sijil kelahiran, kata bekas tahanan ISA itu.

Perbicaraan bersambung esok. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan