Amaran Hujan Lebat Di Tiga Negeri Mulai Jumaat Ini

Diterbitkan: Rabu, 16 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana diramal berlaku di Terengganu, Pahang dan Johor selama tiga hari bermula Jumaat ini, yang boleh menyebabkan berlakunya banjir di kawasan rendah.

Kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia pada Selasa menyebut hujan lebat dijangka dialami di beberapa daerah di Kemaman, Terengganu; Pekan, Rompin dan Kuantan, Pahang; dan di Mersing, Kluang dan Kota Tinggi; Johor.

Selain itu angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 50-60 kilometer sejam dijangka berlaku di perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Tioman, Johor Timur, Sarawak, Wilayah Persekutuan Labuan manakala ombak setinggi hingga 4.5 meter juga dijangka berterusan sehingga Jumaat ini.

Menurut kenyataan itu keadaan angin kencang dan laut bergelora ini amat berbahaya kepada bot-bot kecil serta aktiviti rekreasi dan sukan laut.

Jabatan itu berkata angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 60 kilometer sejam serta ketinggian ombak melebihi 4.5 meter yang berlaku di kawasan perairan Condore, Reef North, Layang-Layang dan Palawan dijangka berterusan sehingga Jumaat ini dan berbahaya bagi aktiviti perkapalan.

Sementara itu amaran turut dikeluarkan bagi aktiviti perkapalan di kawasan perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur, Samui, Tioman, Sarawak, Wilayah Persekutuan Labuan, Sabah (Pedalaman, Pantai Barat dan Kudat), Reef South dan Bunguran dijangka berterusan sehingga Jumaat ini ekoran angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 50-60 kilometer sejam serta ombak mencapai sehingga 4.5 meter.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini amat berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:00 PM

Jantina Belum Tahu Lagi! - Ezzaty Abdullah

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Kolumnis

iklan

Iklan