Polis Tetap Profesional Walaupun Dicaci Segelintir Peserta Himpunan - KPN

Diterbitkan: Selasa, 15 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis melaksanakan undang-undang Akta Perhimpunan Aman 2012 secara profesional biarpun terdapat provokasi daripada pihak pembangkang yang cuba mencetuskan kekacauan dalam perhimpunan anjuran pembangkang di Stadium Merdeka di sini Sabtu lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar memuji anggota dan pegawai yang bertugas kerana telah menjalankan tugas secara profesional walaupun mereka dicaci peserta perhimpunan namun dengan penuh sabar pasukan polis dapat mengawal keadaan dan memastikan perhimpunan tersebut berjalan dengan aman.

"Saya memuji anggota saya walaupun mereka diprovokasi namun tetap menjalankan tugas dengan profesional sehingga perhimpunan tersebut berlangsung dan berakhir dengan aman tanpa sebarang insiden," katanya kepada pemberita selepas Persidangan Transformasi Perundangan berhubung keselamatan dan hak asasi di sini, Selasa.

Mengenai Prosedur Operasi Standard (SOP) yang digunakan semasa perhimpunan tersebut, beliau berkata ia akan diteruskan dan akan ditambahbaik kerana ia dilihat berkesan dalam menjadikan sesuatu perhimpunan itu berjalan lancar.

"Ini juga kerana kerjasama dari semua pihak dalam mematuhi undang-undang sehingga menjadikan perhimpunan tersebut berjalan dengan lancar," katanya.

Mengulas mengenai kertas siasatan yang dibuka berhubung tindakan segelintir peserta perhimpunan yang membawa kanak-kanak menyertai perhimpunan, Ismail berkata beliau berkata akan menghantar kertas siasatan kepada pihak pendakwa raya setelah laporan penuh diterima.

Pada Sabtu lepas, Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainuddin Ahmad berkata polis mendapati penganjur perhimpunan melakukan tiga kesalahan mengikut Aktaa Perhimpunan Aman iaitu membawa kanak-kanak berusia bawah 15 tahun membawa plakad, sepanduk dan kain rentang berunsur hasutan serta peserta perhimpunan yang melebihi 30,000 orang.

Menurut akta itu, seseorang itu melakukan kesalahan jika bukan warganegara menyertai perhimpunan, menganjurkan perhimpunan di tempat larangan dan dalam jarak 50 meter dari had larangan.

Mereka juga melanggar akta itu jika menyertai dan menganjur protes jalanan, seseorang bawah umur 21 tahun menganjurkan perhimpunan, kanak-kanak menyertai perhimpunan (bawah 15 tahun), merekrut atau membawa kanak-kanak untuk perhimpunan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan