Pemilih Dinasihat Semak Maklumat Pendaftaran - SPR

Diterbitkan: Selasa, 15 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) pada Selasa menasihati orang ramai yang telah mendaftar sebagai pemilih supaya menyemak maklumat pendaftaran bagi memudahkan mereka mengundi pada pilihan raya umum ke-13 nanti.

Setiausaha SPR Datuk Kamaruddin Mohamed Baria berkata sehingga September tahun lepas terdapat 13,105,407 pemilih berdaftar di seluruh negara.

Katanya pemilih juga boleh menulis surat ke SPR atau hadir sendiri ke ibu pejabat badan itu di Putrajaya atau pejabat-pejabat pilihan raya negeri.

"SPR berharap pemilih berdaftar dapat membuat semakan bagi memastikan maklumat pendaftaran mereka tepat supaya tidak menimbulkan masalah pada hari pengundian nanti," katanya dalam kenyataan di sini, Selasa.

Kamaruddin berkata jika terdapat kesilapan berhubung maklumat pemilih, mereka boleh terus menghubungi pejabat pilihan raya negeri atau ibu pejabat SPR di Putrajaya.

Katanya maklumat seperti ejaan nama, jantina, agama, bangsa, lokaliti, nombor kad pengenalan, tarikh lahir dan nombor rumah termasuk kes melibatkan kemasukan semula nama ke dalam daftar pemilih boleh dibetulkan SPR dalam tempoh singkat tanpa memerlukan proses pameran, pengesahan dan pewartaan. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan