Mat Sabu Tukar Pendirian, Setuju Keputusan Majlis Syura PAS

Diterbitkan: Selasa, 15 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu yang sebelum ini menyokong penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam, menukar pendirian bersetuju dengan keputusan Majlis Syura Ulama PAS iaitu Allah tidak boleh digunakan dalam Bible versi bahasa Melayu kerana tidak menepati kehendak sebenar kalimah ini.

Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, berkata pendiriannya mengenai penggunaan kalimah Allah dalam Bible versi bahasa Melayu seperti diminta Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, adalah sama dengan keputusan Majlis Syura Ulama PAS.

"Pendirian saya macam pendirian Majlis Syura (Ulama PAS)," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Markas Pilihan raya Muslimat PAS Kota Baharu di sini, malam Isnin.

Beliau mengulas keputusan mesyuarat Majlis Syura PAS Ahad lepas, yang memutuskan kalimah Allah tidak boleh digunakan dalam Bible versi bahasa Melayu kerana tidak menepati kehendak sebenar kalimah ini.

Mesyuarat yang dipengerusikan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu menegaskan tindakan menterjemah perkataan ‘God’ atau ‘Lord’ dari mana-mana kitab agama bukan Islam kepada Allah tidak dibenarkan kerana ia salah dari segi makna.

Masyarakat Islam terutama mufti dan cendekiawan Islam, menentang pendirian asal Nik Aziz yang juga Mursyisul Am PAS dan juga Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mat Sabu yang menyokong orang bukan Islam boleh menggunakan kalimah itu. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan