Malaysia Diharap Mampu Selesaikan Isu Palestin Bagi Keamanan Sejagat

Diterbitkan: Selasa, 15 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malaysia diharapkan mampu menjadi pendamai dalam menyelesaikan isu kekejaman terhadap penduduk Palestin oleh Israel seperti peranannya sebagai perantara dalam konflik antara Bangsamoro dan kerajaan Filipina tahun lalu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata melalui hubungan antarabangsa dengan negara anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), peranan Malaysia amat dihargai dalam menyelesaikan konflik kaum dan pandangannya pula diterima dari pelbagai sudut.

Beliau berkata jika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mampu menjadi perantara yang begitu berperanan dalam penyelesaian konflik antara Bangsamoro dan kerajaan Filipina, diharapkan suatu masa nanti Malaysia mampu membawa pendamaian baru di bumi Palestin.

Jamil Khir berkata demikian selepas majlis penyerahan replika cek bernilai RM150,000 'Tabung Demi Palestin' kepada tujuh badan bukan kerajaan yang berperanan membantu rakyat Palestin, di sini Selasa.

Sumbangan RM150,000 itu diperoleh hasil sumbangan orang ramai menerusi program Demi Palestin anjuran stesen televisyen Al-Hijrah yang diadakan pada 23 Disember tahun lalu.

Jamil Khir berkata kejayaan Malaysia menyelesaikan isu antara Bangsamoro dan kerajaan Filipina menyebabkan banyak negara dunia membuka mata terhadap keupayaan Malaysia menangani isu antarabangsa.

"Pagi ini saya didatangi Duta Iraq dan Qatar serta gabenor dari daerah-daerah negara itu yang bertanyakan cara pengurusan wakaf, imam, guru agama dan pengurusan kewangan bagi menguruskan aspek tersebut.

"Ini merupakan suatu pengiktirafan hingga negara luar datang untuk belajar dengan kita (Malaysia)," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan