Kes Penipuan Perbankan Secara Online Di Malaysia Menurun

Diterbitkan: Selasa, 15 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bilangan kes penipuan secara online di Malaysia telah menurun sejak tahun lepas berikutan usaha berterusan oleh bank-bank untuk memastikan keselamatan perkhidmatan e-perbankan.

Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Abu Hassan Alshari Yahya berkata jumlah kerugian kerana penipuan perbankan adalah rendah, iaitu RM3.4 juta pada 2011 dan RM3.2 juta pada 2012.

"Dari 2009 hingga 2012, secara purata, jumlah kerugian disebabkan kes-kes penipuan menggunakan rangkaian elektronik ialah 0.001 peratus dan bilangan kes penipuan yang menggunakan rangkaian elektronik yang dilaporkan ialah 0.0026 peratus."

"Bilangan itu adalah sangat rendah berbanding dengan jumlah keseluruhan transaksi dan nilai yang dilakukan menggunakan rangkaian elektronik. Bagaimana pun, kita masih perlu berhati-hati kerana penjenayah sentiasa mencari jalan baharu menipu mangsa mereka," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kempen Kesedaran e-Perbankan di sini Selasa.

Kempen itu adalah usaha kerjasama yang diterajui oleh 13 bank komersil di negara ini, ahli bank utama Persatuan Perbankan Islam Malaysia, Keselamatan Siber Malaysia, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan Polis Diraja Malaysia.

Kempen selama enam bulan itu disasarkan di kalangan orang ramai mengenai perbuatan penipuan e-Perbankan semasa bagi membantu mereka mengelak menjadi mangsa.

Mesej kempen itu disalurkan melalui pelbagai platform pengiklanan seperti percetakan, elektronik dan media.

Bank-bank juga akan menggunakan kehadiran online masing-masing bagi mengukuhkan kempen melalui paparan poster dan pengedaran risalah di rangkaian cawangan-cawangannya.

Pengerusi Persatuan Bank-Bank Malaysia Datuk Seri Abdul Wahid Omar berkata walau pun wujud lebih banyak kesedaran di kalangan orang ramai mengenai isu penipuan secara online, bank-bank berpendapat bahawa usaha memerangi penipuan sedemikian tidak leka.

"Kami menyedari keperluan untuk memberitahu orang ramai secara berterusan supaya mereka sentiasa menyedari dan mendapat maklum balas mengenai penipuan terbaharu.

"Sebagai penyedia perkhidmatan bertanggung jawab sosial, bank-bank telah membelanjakan jumlah wang yang banyak di dalam belanjawan tahunan masing-masing bagi memastikan keselamatan perkhidmatan e-perbankan yang ditawarkan," katanya.

Selain memastikan sistem keselamatan yang kemas kini dan langkah perlindungan bagi para pelanggan, katanya bank-bank juga sentiasa memantau serta bertukar-tukar idea dan dapatan bagi memastikan mereka selangkah di hadapan pihak penjenayah.

"Matlamat kami ialah untuk mewujudkan impak lebih meluas di dalam usaha memerangi penipuan e-perbankan supaya pelanggan tidak sahaja dilindungi malah dapat melaksanakan transaksi dengan lebih yakin," katanya.

Sementara itu, Ketua Perkhidmatan Kewangan Peruncitan CIMB Bank Peter England menasihati para pengguna perbankan online supaya menyedari tawaran yang "terlalu baik untuk dipercayai."

"Mereka tidak boleh terus memasuki pautan yang menyediakan e-mel atau berbuat demikian di khalayak ramai," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan