Karpal Ambil Serius Anggota DAP Rujuk Kesilapan Teknikal Pemilihan Parti Kepada ROS

Diterbitkan: Selasa, 15 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pengerusi Kebangsaan DAP Karpal Singh memandang berat tindakan anggota tertentu parti itu yang mengadu kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) berhubung pembetulan keputusan pemilihan parti baru-baru ini.

Karpal berkata hal seperti itu sepatutnya dibincangkan dengan pucuk pimpinan parti, yang telahpun menjelaskan kedudukan berkenaan.

Beliau mengulangi kenyataan bahawa pembetulan keputusan adalah akibat kesilapan teknikal dan pucuk pimpinan parti tidak langsung menaruh niat buruk.

"Gesaan berulang kali oleh pelbagai pihak kononnya pemilihan itu tidak sah dan batal dan harus diadakan pemilihan baru, perlu dan wajar mengambil kira Seksyen 18c Akta Pertubuhan 1966 berhubung kemuktamadan keputusan mengenai hal sedemikian oleh sesebuah parti politik," katanya dalam satu kenyataan di sini, Selasa.

Karpal berkata seksyen 18c akta berkenaan berbunyi: "Sebarang perkara berhubung hal ehwal parti adalah muktamad dan konklusif dan keputusan seumpama itu tidak boleh dicabar, dirayu, dikaji semula, dibatal atau dipersoal di mana-mana mahkamah atas sebarang alasan". - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan