Hayati Peranan Ponggal Untuk Satukan Rakyat Malaysia - Rais Yatim

Diterbitkan: Selasa, 15 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Beliau berkata memahami budaya dan warisan kaum lain dapat memastikan setiap rakyat Malaysia memahami antara satu sama lain, seterusnya memupuk persahabatan yang erat di kalangan penduduk berbilang kaum di negara ini. "Perayaan ponggal ini perlu difahami dan dihayati seperti kita hayati perayaan besar lain seperti Hari Raya, Tahun Baru Cina dan Deepavali yang semua fahami dan kita kongsi bersama sejak lama dahulu. "Kita juga kena tahu terdapat persamaan terhadap perayaan ini dengan perayaan lain seperti Pesta Kaamatan dan Hari Gawai iaitu perayaan mensyukuri hasil pertanian, nah... dengan mengetahui persamaan ini, kita yang berbilang kaum ini semakin dekat," katanya kepada pemberita.

Terdahulu, beliau merasmikan sambutan Pesta Ponggal di Batu Caves, yang turut dihadiri lebih 5,000 orang. Turut hadir Timbalan Menteri Luar A. Kohilan Pillay dan Pengerusi Jawatankuasa Kuil Sri Mahamariamman Batu Caves Datuk R. Nadarajah.

Sambutan itu juga menyaksikan penganugerahan Malaysian Book of Records kepada jawatankuasa tersebut kerana menghasilkan 'The Biggest Stainless Steel Milk Pot' setinggi 3.04 meter dan selebar 2.7 meter yang mampu memuat sebanyak 18,500 liter susu.

Rais berkata kementeriannya akan memastikan Perayaan Ponggal disambut sebagai satu daripada acara rasmi bagi setiap negeri di negara ini.

"Warisan ini dibawa masyarakat India sejak ratusan tahun dahulu, jadi ia wajib dikongsi kita rakyat Malaysia sebagai sebuah warisan kekal untuk anak-anak kita, sebagai satu cara kita menyatupadukan generasi selepas kita," katanya.

Sementara itu, beliau berkata kementeriannya akan berusaha memastikan Batu Caves diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco).

"Kita baru sahaja menduduki kerusi Unesco ini, jadi peraturannya, jika kita mahu cadangkan tapak ini sebagai warisan dunia, kita kena tunggu sampai 2015, jadi nanti bermula tahun itu, kita akan gerakkan jentera kita ke arah ini.

"Buat masa ini, kita akan kaji lebih dalam lagi tapak ini bagi memperkukuh hujah kita dalam merealisasikan usaha kita itu," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan