Gangguan Bekalan Air Di Gombak Pulih Sepenuhnya, Di KL Selewat-Lewatnya Pagi Esok - Syabas

Diterbitkan: Selasa, 15 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) pada Selasa mengumumkan 100 peratus kawasan di Gombak dan 95 peratus kawasan di Kuala Lumpur telah menerima bekalan air.

Pengarah Eksekutif Pembangunan Teknikal Syabas Ir. V Subramaniam berkata baki lima peratus lagi di K.Lumpur dijangka akan mendapat bekalan air selewat-lewatnya pagi Rabu.

Katanya, air mula disalurkan melalui kerja-kerja pintasan mengikut kaedah 'fast track' yang siap dan mula beroperasi petang Isnin.

"Syabas telah pun memajukan cadangan dan mendapat kelulusan untuk membuat satu paip pintasan (bypass) untuk membawa air ke kawasan yang terganggu bekalannya di Kuala Lumpur.

"Sukacita dimaklumkan bahawa kerja-kerja pintasan telah dilaksanakan mengikut kaedah 'fast track' dan telah siap semalam dan mula beroperasi petang semalam, iaitu satu hari lebih awal dari jadual asal. Seterusnya bekalan air telah mula disalurkan melalui pintasan tersebut ke kawasan-kawasan AU3 dan kawasan-kawasan di Kuala Lumpur yang terjejas, " katanya pada sidang media Status Terkini Gangguan Bekalan Air di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Gombak, di Ibu Pejabat Syabas dekat sini, Selasa.

Beliau berkata pintasan berkenaan sebenarnya tidak perlu dibuat jika projek Langat 2 dilaksanakan mengikut jadual atau jika rumah pam tambahan dilaksanakan dengan lebih cepat.

"Kerajaan Negeri Selangor yang telah bersetuju membangunkan rumah pam pada Mac 2012 sepatutnya mempercepatkannya, bukan pada peringkat reka bentuk sahaja selepas sembilan bulan berlalu," katanya.

Mengulas lanjut beliau berkata pintasan ini bersifat kekal, manakala rumah pam yang baru akan dibangunkan bersebelahan rumah pam Wangsa Maju yang sedia ada.

Kertas cadangan untuk melaksanakan kerja-kerja ini telah dihantar kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) untuk kelulusan.

"Sebagai langkah sederhana, sementara menunggu rumah pam tambahan siap dibangunkan Kerajaan Negeri Selangor, Syabas juga bercadang melakukan kerja-kerja menaik taraf di rumah pam sedia ada di Wangsa maju," katanya.

Katanya, Kerajaan Negeri Selangor yang mempunyai tanggungjawab di bawah undang-undang untuk membantu menyelesaikan masalah-masalah berkaitan menambah kapasiti bekalan air terawat diminta melihat perkara ini dengan lebih serius dan mengambil tindakan sewajarnya.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan