Tuntutan 20 Peratus Royalti Lumpuhkan Petronas Cari Sumber Baru

Diterbitkan: Isnin, 14 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BACHOK: Tuntutan pembangkang supaya Petronas memberi royalti minyak dari lima kepada 20 peratus kepada negeri-negeri pengeluar minyak boleh menyebabkan syarikat itu lumpuh untuk beroperasi di luar negara, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin.

Beliau berkata, tuntutan itu tidak munasabah dan tidak bertanggungjawab. "Jika (royalti) dinaikkan syarikat itu tidak mampu untuk beroperasi mencari minyak di luar negara," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan elaun sara hidup secara tunai kepada nelayan kawasan Bachok di Pejabat Pendidikan Daerah Bachok di sini, Ahad.

Lebih 545 nelayan menerima bantuan itu yang membabitkan peruntukan RM109,000 yang turut dihadiri Pengarah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Kelantan, Wan Mohd Adnan Wan Ibrahim.

Beliau mengulas cadangan pembangkang yang mahu memberi royalti 20 peratus kepada negeri-negeri pengeluar minyak termasuk Terengganu, Sabah dan Sarawak jika dapat menawan Putrajaya pada pilihan raya umum ke-13.

Katanya, Petronas perlu mempunyai simpanan modal untuk mencari sumber dan pendapatan baru di negara-negara baru yang memerlukan jumlah modal yang sangat besar.

Awang Adek berkata, jika usaha itu dihalang ia tidak mungkin dapat menyumbang dividen yang tinggi kepada negara yang kini berjumlah RM30 bilion setahun tidak termasuk pelbagai cukai.

"Pembangkang kena ingat separuh dari keuntungan Petronas datangnya daripada operasi di luar negara," kata Ketua Umno Bahagian Bachok itu.

Katanya dengan pendapatan itu kerajaan dapat menguruskan ekonomi negara dengan cemerlang terutama merangka projek-projek ekonomi, pelbagai bentuk subsidi dan kemudahan asas kepada rakyat.

"Petronas kini paling berjaya meneroka minyak di 36 buah negara kenapa kita harus menyekat masa depannya dengan tindakan yang tidak bertanggung jawab. "Jangan mudah percaya dengan janji manis pembangkang," tambahnya. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan