Tiga NGO Buat Laporan Polis Dakwa KL112 Langgar APA

Diterbitkan: Isnin, 14 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tiga badan bukan kerajaan (NGO) membuat laporan polis terhadap penganjur perhimpunan pembangkang di Stadium Merdeka, Sabtu lepas yang didakwa melanggar Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012.

NGO itu ialah Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM), Pertubuhan Semarak Insan Malaysia (Semarak) dan Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM).

Mereka diwakili Presiden PVTM Datuk Mohd Ali Baharom yang membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, di sini dengan diiringi empat rakannya.

Bercakap kepada pemberita selepas membuat laporan itu, Mohd Ali meluahkan kekesalan pihak NGO berkenaan kerana peserta perhimpunan membawa kanak-kanak.

Polis kini menjalankan siasatan terhadap perhimpunan itu kerana didakwa melanggar tiga peraturan dalam APA iaitu larangan membawa kanak-kanak berusia bawah 15 tahun; membawa plakad, sepanduk dan kain rentang berunsur hasutan serta peserta perhimpunan yang melebihi 30,000 orang.

Syarat terbabit adalah antara 27 yang dipersetujui penganjur perhimpunan dan polis, mengikut Seksyen 15 (1) Akta Perhimpunan Aman 2012.

Presiden Kelab Wartawan Muda Malaysia (KWMM) Dzulkarnain Taib turut membidas tindakan peserta perhimpunan membawa bayi dan kanak-kanak.

Ia tindakan yang tidak bijak dan tidak bertanggungjawab, malah boleh mendatangkan bahaya serta mengancam nyawa kanak-kanak terbabit sekiranya berlaku sebarang kekacauan, katanya. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan