Sokongan Masyarakat India Terhadap Pembangkang Merosot - Palanivel - Berita Semasa | mStar

Sokongan Masyarakat India Terhadap Pembangkang Merosot - Palanivel

Diterbitkan: Isnin, 14 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sokongan masyarakat India terhadap pakatan pembangkang kini merosot oleh kerana masyarakat itu telah dan akan terus menerima manfaat besar daripada kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri G.Palanivel berkata ini kerana, masyarakat itu menyedari bahawa hanya kerajaan Barisan Nasional (BN) dan perdana menteri mampu menentukan masa depan mereka. Beliau berkata sokongan mereka semakin kukuh terhadap BN selepas mereka menerima faedah besar, khususnya di bidang pendidikan, program pembangunan perkhidmatan awam, ekonomi dan program sosial yang diterajui Najib.

"Masyarakat India kini lebih berpengetahuan dan lebih menyedari tentang keikhlasan kerajaan dalam membantu mereka. "Kurangnya penyertaan kaum India di perhimpunan semalam merupakan bukti langsung mengenai kesedaran mereka tentang siapa sebenarnya yang boleh memberi khidmat bagi melindungi kebajikan mereka dengan lebih baik," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Pesta Ponggal di Kuil Maha Mariamman di Batu Caves di sini, Ahad.

Palanivel menarik perhatian bahawa pelbagai inisiatif transformasi Najib merupakan usaha utama yang telah berjaya memenangi kembali sokongan masyarakat India, dan satu lagi kriteria kemenangan yang ada pada Najib ialah pendekatannya 'turun padang'.

"Jumlah bantuan kepada kuil, sekolah Tamil dan bantuan kewangan pelbagai bentuk untuk usahawan India menunjukkan bahawa Datuk Seri Najib khususnya, amat menyedari dan mengetahui tentang keperluan masyarakat berkenaan," kata beliau.

Palanivel menggesa masyarakat India kekal bersatu padu bagi menentukan mereka mencapai kejayaan besar pada pilihan raya Umum ke-13. -BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Isnin, 11 Jun 2018 8:00 AM

Ramadan anak Chow Kit

Kolumnis

iklan

Iklan