Polis Siasat Peserta Langgar Akta Perhimpunan Aman 2012 -Hishammuddin

Diterbitkan: Isnin, 14 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menyiasat tindakan segelintir peserta perhimpunan kebangkitan rakyat yang membawa kanak-kanak menyertai perhimpunan di Stadium Negara, Sabtu lepas.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien berkata tindakan akan diambil berhubung perkara yang melanggar undang-undang di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012 selepas kertas siasatan dikemuka kepada peguam negara. "Saya nak ingatkan walaupun ada pindaan-pindaan, itu bermakna pelaksanaan undang-undang negara mesti dipatuhi," katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Persidangan Transformasi Perundangan berhubung keselamatan dan hak asasi pada Isnin

Majlis dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan turut dihadiri Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail serta Bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad.

Dalam pada itu, Hishamuddin melahirkan penghargaan kepada PDRM kerana berjaya mengawal perhimpunan pada Sabtu lepas sehingga berjalan lancar tanpa sebarang insiden tidak diingini.

"Saya bersyukur kerana tiada insiden tidak diingini berlaku, kalau semuanya bertanggungjawab dan bersetuju dengan stadium yang ditetapkan, tiada provokasi, saya percaya bahawa apa yang kita lihat pada Sabtu itu adalah landskap baharu," katanya.

Kira-Kira 45,000 orang yang terdiri daripada anggota dan penyokong parti pembangkang serta badan bukan kerajaan (NGO) menghadiri perhimpunan di Stadium Merdeka itu, Sabtu lepas.

Pada perhimpunan itu, peserta didapati melanggar tiga syarat yang ditetapkan iaitu membawa kanak-kanak berumur bawah 15 tahun, membawa plakad, sepanduk dan kain rentang berunsur hasutan selain peserta perhimpunan melebihi 30,000 orang.

Syarat itu antara 27 yang dipersetujui penganjur dan polis mengikut Seksyen 15(1) Akta Perhimpunan Aman 2012. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan