PAS Kedah Larang Artis Wanita Buat Persembahan Tebuka

Diterbitkan: Isnin, 14 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Menjelang sambutan Tahun Baru Cina bulan depan, kerajaan PAS Kedah menguatkuasakan peraturan baru berhubung acara persembahan pentas pada perayaan itu nanti.

Berdasarkan peraturan berkenaan, kerajaan negeri akan menghentikan persembahan pentas sempena Tahun Baru Cina pada bila-bila masa sekiranya didapati melanggar garis panduan tersebut.

Kerajaan negeri mengharamkan persembahan penyanyi wanita profesional membuat persembahan di pusat membeli belas dan lain-lain tempat awam terbuka.

Hanya penghibur lelaki dibenarkan untuk menyanyi dan menari dalam pertunjukan yang diadakan di tempat-tempat tersebut.

Sementara itu bagi wanita, hanya pelajar sekolah menengah dibenarkan untuk berbuat demikian.

Selain itu persembahan muzik secara langsung juga dihalang daripada membuat persembahan terbuka, sebaliknya penyanyi hanya dibenarkan menggunakan muzik iringan yang direkodkan (minus-one).

Pusat membeli-belah turut dimaklumkan bahawa hanya lagu-lagu berunsur ketuhanan dan mengandungi mesej positif dibenarkan untuk dimainkan.

Selain perlu mengemukakan senarai penghibur dan lagu-lagu yang akan dipersembahkan, penganjur juga harus memastikan artis yang terlibat supaya berkelakuan sopan.

Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Kesenian dan Warisan, Kebudayaan, Datuk Dr Hamdan Mohamed Khalib mengeluarkan arahan tersebut kepada Pegawai Daerah Kota Setar, Datuk Bakar Din pada 9 Januari lepas.

Menerusi garis panduan itu itu juga dinyatakan kumpulan artis dan orang yang terlibat dalam sesuatu persembahan perlu berpakaian sopan dan tidak mencolok mata.

Salinan peraturan berkenaan kemudiannya diberikan kepada Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek di Sungai Petani pada Jumaat.

Beliau kemudiannya menunjukkan kepada pemberita selepas majlis sambutan ulang tahun MCA di sini, Ahad.

Menurut Dr Chua, garis panduan berkenaan dianggap melanggar hak dan kebebasan orang bukan Islam.

Katanya lagi, DAP sebagai sekutu PAS di Kedah perlu menjelaskan mengenai pelaksanaan peraturan baru berkenaan.

"Ini adalah kerana DAP membantu PAS mengambil alih Kedah. Adakah DAP sekali lagi akan berkata bahawa ini adalah satu perkara kecil?" soal beliau.

Tambah beliau orang bukan Islam mempunyai hak dan kebebasan ke atas makanan, pakaian, muzik, hiburan, dan masa lapang.

Sementara itu Naib Presiden MCA, Datuk Seri Chor Chee Heung berkata orang bukan Islam boleh kehilangan identiti mereka di bawah dasar itu.

"Jika bukan Islam terus diperlakukan begini, maka semua perkara termasuk budaya masyarakat Cina dan India boleh hilang jika Pakatan Rakyat terus mentadbir Kedah," katanya.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan