Misi Pengaman Anggota Wanita ATM Malcoy 8 Berlepas Ke Lubnan Esok

Diterbitkan: Isnin, 14 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Sepuluh anggota wanita Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan berlepas esok sebagai kumpulan kedua Malaysian Company 8 (Malcoy 8) yang akan berkhidmat selama enam bulan di Lubnan dalam misi pengaman antarabangsa.
Sepuluh anggota wanita Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan berlepas esok sebagai kumpulan kedua Malaysian Company 8 (Malcoy 8) yang akan berkhidmat selama enam bulan di Lubnan dalam misi pengaman antarabangsa.

KUALA LUMPUR: Sepuluh anggota wanita Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan berlepas esok sebagai kumpulan kedua Malaysian Company 8 (Malcoy 8) yang akan berkhidmat selama enam bulan di Lubnan dalam misi pengaman antarabangsa.

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin, berkata kumpulan kedua itu akan berkhidmat di bawah Panji Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) bagi menggantikan kumpulan pertama anggota wanita yang bakal menamatkan misi pada 21 Januari ini.

"Kumpulan itu terdiri daripada satu pegawai dan sembilan anggota lain-lain pangkat dengan pecahan iaitu lapan anggota wanita Tentera Darat Malaysia (TDM), satu anggota wanita daripada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan satu anggota wanita daripada Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM)," katanya kepada pemberita pada Majlis Penghantaran Kumpulan Wanita Kedua Malcoy 8, di sini, Isnin.

Beliau berkata, kumpulan itu sudah diberikan latihan integrasi secara intensif selama tiga bulan bagi memberi pendedahan dan mempersiapkan diri mereka sebelum bertugas di bumi Lubnan.

"Walaupun jumlah anggota wanita sangat kecil berbanding anggota lelaki iaitu tidak melebihi 10 orang dalam satu misi, namun pembabitan serta sumbangan mereka sangat besar khususnya apabila berhadapan dengan kes-kes yang membabitkan kaum wanita dan kanak-kanak," katanya.

Sementara itu, Ketua Pergerakan Malaysian Company 8, Leftenan Nur Hidayah Zailan, 26, berkata mereka sudah diberikan latihan secukupnya dari segi fizikal dan mental sebelum dihantar bertugas dalam misi pengaman itu.

"Kami berbangga dapat mewakili negara untuk misi yang murni, kami bersedia selepas mendapat latihan secukupnya dan kami berharap pembabitan kami boleh menyumbang sebanyak mungkin untuk mengharumkan nama negara," katanya.-BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 6:51 PM

Sherry Ibrahim Tak Hilang, Masih Laris

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan