MAS Tawar Lebih Banyak Tempat Duduk Sempena Tahun Baru Cina

Diterbitkan: Isnin, 14 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines (MAS) menawarkan kapasiti tambahan bagi destinasi domestik dan antarabangsa terpilih sepanjang musim cuti Tahun Baru Cina akan datang.

Dalam kenyataan pada Isnin, MAS berkata sejumlah 8,348 tempat duduk tambahan ditawarkan menerusi 36 penerbangan tambahan dan 10 penerbangan yang dinaikkan taraf, yang beroperasi dari 4 hingga 16 Februari.

Tiga puluh enam penerbangan tambahan akan beroperasi bagi laluan Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu dan balik (10 penerbangan), Kuala Lumpur-Tawau-Kuala Lumpur (dua penerbangan), Kuala Lumpur-Langkawi-Kuala Lumpur (empat penerbangan), Kuala Lumpur-Pulau Pinang-Kuala Lumpur (empat penerbangan), Kota Kinabalu-Taipei-Kuala Lumpur (12 penerbangan), dan Kuala Lumpur-Kunming-Kuala Lumpur (empat penerbangan).

Sepuluh penerbangan yang akan dinaikkan taraf ialah daripada B772 282 tempat duduk dan B734 dengan 144 tempat duduk kepada B744 dengan 359 tempat duduk dan A330 dengan 294 tempat duduk, katanya.

Peningkatan itu ialah dari Kuala Lumpur ke Tokyo dan penerbangan balik serta Kuala Lumpur-Kota Kinabalu-Kuala Lumpur.

Syarikat penerbangan negara itu menyediakan kapasiti tambahan bagi membolehkan rakyat Malaysia pulang ke kampung halaman atau menggunakan peluang itu untuk bercuti rehat sempena musim perayaan.

"MAS akan memantau keadaan dan akan menambah kapasiti dalam sektor yang memerlukan permintaan tambahan," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan