Mapem Gesa Percepat Selesai Krisis Air

Diterbitkan: Isnin, 14 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Majlis Perundingan Ekonomi Melayu Malaysia (Mapem) menyeru kerajaan negeri Selangor mengambil tindakan segera bagi mengatasi kemelut bekalan air.

Setiausaha Kehormat Mapem, Halim Mohamad berkata peniaga kecil, pengusaha gerai makanan dan pengusaha restoran adalah kumpulan yang terjejas teruk akibat ketiadaan bekalan air.

"Sebagai badan yang menaungi usahawan-usahawan Melayu khususnya di Selangor dan Kuala Lumpur, Mapem perlu tahu apa yang terjadi dan apa tindakan yang sedang dilakukan untuk mengatasi perkara ini.

"Buat masa ini belum ada anggaran kerugian daripada mana-mana pihak, namun jika ia terus berlanjutan pasti menimbulkan masalah besar kepada para peniaga," ujarnya pada sidang media selepas perjumpaan antara Mapem dengan wakil pengurusan Syabas, di sini, Isnin.

Pada perjumpaan tersebut Mapem yang diwakili oleh 53 pertubuhan ekonomi Melayu mendengar penjelasan daripada Syabas mengenai isu dan punca yang membawa kepada krisis ini.

Halim berkata dalam perbincangan tersebut mereka telah menerima penjelasan terperinci tentang krisis air yang berlaku berikutan kerosakan rumah pam Wangsa Maju dan Pudu Ulu, yang mana kini Syabas dalam proses pembinaan sebuah pam baru di kawasan tersebut.

“Jelas bahawa faktor utama kepada krisis ini adalah kekurangan bekalan air bersih akibat daripada kelewatan pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 dan akibat daripada banyak kerja-kerja pembaikan, pemulihan dan naik taraf yang sepatutnya dilaksanakan oleh Syabas tidak dapat dilaksanakan akibat arahan kerajaan Negeri yang menghentikan kerja-kerja berkenaan.

“Kami menyeru Kerajaan Negeri Selangor bertindak dengan lebih bertanggungjawab. Kami memahami bahawa konsesi antara kerajaan persekutuan, kerajaan negeri dan Syabas menyatakan dengan jelas tanggungjawab ketiga-tiga pihak dalam menyediakan bekalan air kepada rakyat,” katanya.

Dalam pada itu, Halim turut meminta agar kerajaan Selangor membuat pelan jangka pendek bagi meringankan beban rakyat buat masa ini sehingga bekalan air kembali pulih seperti biasa.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan