KL112 Berniat Jatuhkan Kerajaan - Tun Mahathir

Diterbitkan: Isnin, 14 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bersama para wakil media ketika melawat model projek pembangunan di Cyberjaya selepas majlis taklimat khas pembangunan terkini di Cyberjaya oleh Pengerusi Setia Haruman Sdn Bhd, Tan Sri Mustapha Kamal Abu Bakar pada Isnin. -Foto BERNAMA.
Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bersama para wakil media ketika melawat model projek pembangunan di Cyberjaya selepas majlis taklimat khas pembangunan terkini di Cyberjaya oleh Pengerusi Setia Haruman Sdn Bhd, Tan Sri Mustapha Kamal Abu Bakar pada Isnin. -Foto BERNAMA.

CYBERJAYA: Perhimpunan di Stadium Merdeka Sabtu lepas cuba meniru apa yang berlaku di sesetengah negara Arab dengan niat menjatuhkan kerajaan sedia ada, kerana penganjur merasakan ia tidak boleh menang pilihan raya umum nanti, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Jadi mereka berharap dengan meniru, dapat menjatuhkan kerajaan, sedangkan kerajaan negara ini bukan seperti di negara Arab, bukan kerajaan kuku besi, ia adalah kerajaan yang dipilih rakyat. "Apa yang mereka tiru itu bukan cara demokrasi...jika nak adakan perhimpunan atau demonstrasi perlulah ada alasan, tetapi bukanlah demonstrasi mengenai Shamsidar (Taharin). Jadi seolah-olah bila ada sahaja kes mahkamah, kena adakan demonstrasi," katanya kepada pemberita di sini selepas menghadiri taklimat perkembangan pembangunan Cyberjaya oleh Kumpulan Emkay pada Isnin.

Shamsidar ialah isteri timbalan presiden Parti Keadilan Rakyat Azmin Ali yang akan menjadi saksi kes saman fitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap anggota Dewan Negara Datuk S.Nallakaruppan dan Utusan Melayu (M) Sdn Bhd.

Tun Dr Mahathir berkata perhimpunan anjuran parti pembangkang itu mewujudkan keadaan serba salah kepada pihak berkuasa yang menjaga ketenteraman awam.

"Bila pihak berkuasa ambil tindakan akan dituduh bertindak kasar jika tidak mengambil sebarang tindakan juga tetap diperkatakan," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan