Kementerian Kesihatan Pantau Kualiti Air Bantuan - Liow

Diterbitkan: Isnin, 14 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BANGI: Kementerian Kesihatan memantau rapi kualiti bekalan air bantuan yang diagih kepada penduduk yang menghadapi masalah bekalan air khususnya di Selangor, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai pada Isnin.

Beliau berkata syarikat pembekal air, Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) harus sentiasa memastikan bekalan air yang dihantar dan diagih kepada penduduk adalah bersih dan menepati kualiti yang ditetapkan.

"Wabak boleh berlaku apabila berlakunya pencemaran air. Sehubungan itu, kualiti air penting untuk memastikan wabak seperti demam kepialu tidak merebak. "Saya telah mengarahkan Pengarah Kesihatan Negeri dan Bahagian Kawalan Penyakit mengawal dan memantau keadaan dengan rapi agar tidak berlaku penularan wabak penyakit bawaan air," katanya kepada pemberita apabila diminta mengulas risiko berikutan krisis air yang dihadapi penduduk di Selangor.

Terdahulu, Liow melancarkan kempen '1,000 Hari Pertama Kehidupan Ke arah Generasi Sihat' di Klinik Kesihatan Bandar Seri Putra di sini, Isnin.

Liow berkata Kementerian Kesihatan sedia memberi nasihat kepada Syabas untuk memastikan air bantuan yang dibekal dan diagih adalah bersih dan mencapai tahap kesihatan yang tinggi. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan