Kemalangan Babit Kenderaan JPJ: Kong Beri Jaminan Tidak Lindungi Sesiapa

Diterbitkan: Isnin, 14 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha menegaskan beliau tidak melindungi mana-mana pihak berhubung kemalangan membabitkan 10 kenderaan termasuk milik Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Seri Manjung, kelmarin.

"Bagi saya kebenaran hanya satu dan saya tidak melindungi sesiapa," katanya yang turut meminta orang ramai menunggu hasil siasatan polis dan tidak membuat spekulasi berhubung kejadian itu.

Kong diminta mengulas mengenai dakwaan pemimpin pembangkang Datuk Ngeh Koo Ham menerusi laman Twitternya pada 11 Jan iaitu: "jpj purportedly cross divider to get a lorry causing the big pile up. People ask, if jpj does nt (not) follow the law why shd (should) we?" [(kenderaan)JPJ sengaja melintasi pembahagi jalan untuk menahan sebuah lori menyebabkan kemalangan besar. Rakyat bertanya, jika JPJ tidak mematuhi undang-undang, mengapa kita patut (patuhi undang-undang)]

Mengulas lanjut, Kong yang ditemui selepas menghadiri sambutan ulang tahun ke-64 MCA Perak di sini har ini, berkata adalah tidak adil untuk mana-mana pihak membuat andaian tanpa mendapat penjelasan semua pihak terbabit.

Kong berkata beliau juga memberi tempoh seminggu bermula hari ini kepada JPJ Perak untuk menghantar laporan kejadian kepadanya.

Semalam, akhbar melaporkan sebuah kenderaan pacuan empat roda JPJ diterbalik dan dibakar orang ramai susulan kemalangan membabitkan 10 kenderaan di Km 12 Jalan Ipoh-Lumut, berhampiran Sekolah Menengah Methodist, Ayer Tawar.

Kemalangan itu yang didakwa berpunca daripada kenderaan JPJ terbabit mengakibatkan empat cedera parah dan 11 cedera ringan. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan