Kalimah Allah: Persatuan Bible Teliti Larangan

Diterbitkan: Isnin, 14 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Persatuan Bible Malaysia (BSM) akan meneliti perkembangan terbaru berhubung kontroversi larangan penggunaan kalimah Allah oleh banyak pihak termasuk Majlis Syura PAS dalam Bible versi bahasa Melayu.

Presidennya, Reverend Dr Simon Wong berkata, perkara berkenaan akan dibincangkan dalam mesyuarat exco persatuan itu tidak lama lagi.

Beliau bagaimanapun berkata pihaknya belum menetapkan sebarang tarikh untuk diadakan mesyuarat berkenaan.

"Saya bersama ahli exco akan berbincang dahulu mengenai isu ini. Kita akan buat kenyataan rasmi kemudian.

"Saya pun tidak tahu bila nak diadakan mesyuarat...lagi pun kita bukan berada dalam keadaan tergesa-gesa," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Isnin.

Mengulas lanjut Wong berkata, penggunaan kalimah Allah sememangnya sudah digunakan secara meluas dalam Bible edisi bahasa Melayu yang diterbitkan di negara ini.

Bagaimanapun katanya, tidak terdapat satu pun cetakan sama ada Bible atau risalah bahasa Inggeris yang menggunakan kalimah Allah bagi menggantikan perkataan 'God'.

"Bible bahasa Inggeris memang tak guna perkataan Allah. Tapi Bible bahasa Melayu memang ada dan digunakan sejak sekian lama.

"Malah di gereja yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar turut menggunakan perkataan Allah dalam percakapan mereka terutamanya di Sabah dan Sarawak. Tapi bukan di semua gereja guna perkataan Allah," katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas keputusan Majlis Syura PAS pada Ahad malam yang memutuskan kalimah Allah tidak boleh digunakan dalam Bible versi bahasa Melayu.

Sayap tertinggi dalam parti berkenaan yang dianggotai 15 ahli, berpendapat menterjemah kalimah ‘God’ atau ‘Lord’ dari mana-mana kitab agama bukan Islam adalah salah dari segi makna dan salah guna serta tidak menepati kehendak sebenar yang boleh membawa kekeliruan yang nyata, sekali gus perlu dicegah.

Ketetapan itu yang turut tidak setuju kalimah Allah diterjemahkan ke dalam mana-mana bahasa dunia, diputuskan pada mesyuarat yang dipengerusikan Mursyidul Amnya, Datuk Aziz Nik Mat yang juga Menteri Besar Kelantan.

Dalam kenyataan media dikeluarkan selepas mesyuarat itu, Nik Abdul Aziz dan Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din, berkata kalimah Allah adalah kalimah khusus yang Allah menamakan diri-Nya "Allah".

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan