Jawatankuasa Bincang Harta Al-Mafqud Ditubuh - Jamil Khir

Diterbitkan: Isnin, 14 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Sebuah jawatankuasa akan ditubuhkan untuk mencari penyelesaian mengenai kedudukan harta al-mafqud iaitu pemilik harta yang hilang yang tidak diketahui sama ada masih hidup atau tidak, yang kini dianggarkan bernilai berbilion ringgit.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata jawatankuasa itu ditubuhkan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Bagaimanapun, tiada tempoh tertentu diberikan untuk mencari jalan penyelesaian, sebaliknya akan mengikut masa yang bersesuaian, katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja dan perjumpaan bersama pegawai JKSM di sini, Isnin.

Harta al-mafqud di seluruh negara adalah dalam bentuk tanah, wang ringgit, harta alih, kenderaan dan saham.

"Sebagai contoh, tanah. Pemilik tidak tahu di mana tapi geran ada dan pembayaran cukai tahunan tidak dibayar. Nak kesan orang tak dapat. Maka kedudukan harta ini pada kedudukan " kawasan perantaraan," tiada hitam putih.

"Kita nak lihat penyelesaian termasuk dari segi hukum, sebab dalam konteks hukum secara keseluruhan apabila seseorang meninggal tanpa waris, harta akan diberi kepada Baitulmal, tapi sekarang ini ke mana sepatutnya ditempatkan, cara pengurusan dan pentadbir akan diputuskan melalui jawatankuasa itu," katanya.

Dalam perkembangan lain, Jamil Khir berkata JKSM mencapai petunjuk prestasi utama 2012 apabila berjaya menyelesaikan kes-kes yang melebihi dua tahun di mahkamah.

"Kita nak kes di mahkamah cepat diselesaikan. Kalau ada kes yang masih terbengkalai, apa punca dan sebabnya. Kalau berpunca kekurangan kakitangan, kena fikir macam mana nak (selesai), sama ada tambah kakitangan atau gunakan mahkamah pada waktu malam, hari minggu," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan