Gangguan Bekalan Air Sekitar KL Mulai Pulih - Peter Chin

Diterbitkan: Isnin, 14 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Gangguan bekalan air di kawasan sekitar Kuala Lumpur yang berlaku sejak 29 Disember lalu mulai pulih setelah kerja pemasangan paip pintasan oleh Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) disiapkan sehari lebih awal.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Peter Chin Fah Kui berkata kawasan di Gombak telah mendapat bekalan air sepenuhnya manakala bekalan air bagi 85 peratus kawasan di Kuala Lumpur telah dapat dipulihkan.

"Kawasan yang masih belum mendapat bekalan air merupakan kawasan tinggi seperti di Taman Shamelin dan Bandar Sri Permaisuri. Ini disebabkan permintaan air yang mendadak di kawasan yang baru pulih apabila semua pengguna di kawasan yang terlibat mula menyimpan air sebanyak yang boleh. "Walau bagaimanapun, kawasan tinggi tersebut dijangka akan mendapat bekalan air malam ini," katanya dalam kenyataan di sini Isnin.

Chin berkata bagi memastikan kejadian sama tidak berulang pada masa depan, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) diarah meneliti cadangan untuk menaik taraf Rumah Pam Wangsa Maju sedia ada sementara menunggu Rumah Pam Wangsa Maju baru yang sedang dilaksanakan, siap.

Beliau berkata tindakan itu perlu diambil memandangkan rumah pam baru yang dilaksana kerajaan negeri Selangor melalui peruntukan yang disalur kerajaan persekutuan itu dijangka siap 2015 nanti.

"Pada masa sama saya juga menyeru semua pengguna air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya untuk sama-sama meringankan beban penduduk di Gombak, Cheras dan Pandan ini dengan berjimat dan menggunakan air secara berhemah. "Melalui usaha ini, lebihan air daripada penjimatan tersebut akan dapat diagih Syabas ke kawasan lain yang mengalami kekurangan bekalan air terawat," katanya.

Chin turut menyampaikan penghargaan kepada pihak yang terlibat termasuk 950 kakitangan Syabas yang bertungkus-lumus memastikan bekalan air dipulihkan secepat mungkin serta mengagih bekalan air yang dihantar melalui lori tangki termasuk membantu golongan kurang upaya mengangkut air.

Selain itu penghargaan turut diberikan kepada syarikat air Johor, Kedah, Perak, Melaka, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan, juga Jabatan Kerja Raya, Majlis Perbandaran Ampang Jaya dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya yang meminjam lori tangki dan kakitangan, serta kerajaan negeri Selangor yang menyokong usaha kerajaan persekutuan dalam memulihkan bekalan air kepada pengguna terlibat, katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan