Cadangan Projek Pembangunan RM75 Bilion di Balik Pulau Tidak Wujud - Guan Eng

Diterbitkan: Isnin, 14 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Cadangan projek pembangunan bercampur RM75 bilion di Balik Pulau yang dilaporkan sebuah akhbar sebenarnya tidak wujud, kata Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.

"Tiada projek seperti itu," katanya apabila diminta mengulas tentang kebimbangan penduduk berhubung laporan cadangan pembangunan projek mega di Balik Pulau.

Sebuah akhbar melaporkan berita bertajuk 'Mega project on stilts' iaitu cadangan projek pembangunan bercampur terdiri daripada lot perindustrian, komersil dan unit perumahan seluas 2,833 hektar, membangkitkan kebimbangan penyokong pemuliharaan.

Ia juga melaporkan pembangunan itu yang meliputi industri elektrik dan elektronik, minyak dan gas, pejabat pentadbiran kerajaan, sekolah, hotel, kawasan kediaman, taman dan pantai tiruan, semuanya berada di atas tiang.

"Projek itu sebenarnya tidak wujud. Saya tidak tahu mengapa pihak tertentu cuba memburukkan nama kerajaan negeri," kata Lim.

Katanya pemaju perlu mendapat kelulusan daripada kerajaan persekutuan sebelum mendapat pertimbangan kerajaan negeri dan kerajaan negeri berhak untuk membuat keputusan. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan